بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 1 Ogos 2013

Helmet kanak-kanak untuk Iman dari AI

Assalamualaikum

Nampak je ummi dia nak ambil gambar.

Semalam masa nak ambil adik balik kerja (praktikal), tiba-tiba dapat call dari AI kata dia dah sampai KLIA. Buat kejutan lagi nampaknya. Sebenarnya kerja macam AI tak tetap bila baliknya, walau sepatutnya 40 hari kerja boleh balik. Tapi lebih juga 40 hari. Jadi lepas ambil adik, terus pergi airport ambil AI.

Pagi ni, bawa kereta ikut belakang AI yang kena tolak motor pergi kedai. Dah lama tak panas enjin, tak boleh nak start. Saya bab motor, minta maaf, memang tak serasi ;) berbanding kereta. Kesian puasa-puasa tolak motor. Ada orang naik motor nak tolong, AI kata takpelah. Mungkin tak mau susahkan dia.

Saya kena follow, faham-fahamlah Iman tak boleh tak nampak AI kalau AI dah balik. Mana pergi semua nak ikut. Bila sampai je kedai motor. Nangis panggil ayah dia. AI pun dukung. Tak lama lepas tu, nampak AI pakaikan Iman helmet. Saya senyum je tengok gelagat Iman dengan helmet barunya. Cute je rupanya.

Bergaya dengan helmet baru. Sedondon pula dengan warna baju dan kasut :)

Dah ada helmet, bolehlah naik motor dengan ayah. Seronok dah lama rindu nak naik motor. Masa bawa kereta, nampak orang naik motor. Iman cakap nak naik motor ayah :) Memang suka sangat naik motor. Dah biasa dari baby, ronda-ronda kawasan rumah dengan motor.

8 ulasan:

  1. Iman rindu ayah. dat y x bole berenggang yer...

    BalasPadam
  2. coel man dengan helmet baru.berkilat lg helmet.budak2 mmg suka naik moto berbanding kereta

    BalasPadam
  3. comel iman.typing error sesaje.hehe

    BalasPadam
  4. patutlah iman happy, ayah dia balik rupannya.. :)

    hati2...naikm kereta mahu pun moto hati2..

    BalasPadam
  5. hehehe...dapat helmet baru tu..
    happy lah Iman..:)

    BalasPadam
  6. kat mana dpt beli helmet bdk tu..kdg g kedai mtr xjual pun helmet bdk..dh lama cr..

    BalasPadam
  7. kat mana dpt beli helmet bdk tu..kdg g kedai mtr xjual pun helmet bdk..dh lama cr..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...