بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 30 Julai 2013

Wisma Kastam Diraja Malaysia Selangor pun boleh bersantai

Assalamualaikum

Tengahari tadi teman adik pergi Wisma Kastam Diraja Malaysia, Selangor yang terletak di Pelabuhan Klang, Selatan atau pun biasanya di sini panggil Pulau Indah. Sebenarnya adik ajak mak suruh teman kan dia. Memang selalunya macam tu. Tiap kali nak pergi kastam, mesti dia ajak mak. Kebetulan Iman nak ikut, jadi dengan ummi dia join sekali.

Baru pertama kali tengok bangunan kastam ni. Bangunan ni terletak bertentangan dengan bangunan WestPort.

Close up pintu masuk kastam

2 orang anak kecil yang turut serta ;)

Seronok tengok ikan koi

Mak saya memang suka pergi sini. Sejuk katanya. Lepas datang sini, memang sejuk udaranya. Kuat angin. Maklumlah dekat dengan laut. Menunggu pun tak rasa lama. Iman dengan Nayli pun seronok main dekat tiang-tiang laluan jalan kaki depan kolam ikan ni.

Wisma Kastam pun jadi nak bersantai-santai ;)


7 ulasan:

  1. tempat tulebih kurang macam bangunan dalam taman yea...

    redup je tgk.. :)

    BalasPadam
  2. Hehe..bngunan dia pun cntik.. Blh la release tension ea.. Mcm hotel gtu.. Hehe

    BalasPadam
  3. kalau tempat dekat dengan laut mmg syoklah nak bersantai2 kan...

    BalasPadam
  4. lg2 ada kolam ikan, seronok la budak2 santai kan...

    BalasPadam
  5. ehe sejuk ke?sy 13tahun dok keje dulu xrase sejuk pun...ehehe

    BalasPadam
  6. @harith: cuba dtg skrg, sejuk ke tak? :) dah lama sgt tu...

    BalasPadam
  7. apa salahnya bersantai di wisma kastam.hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...