بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 30 Julai 2013

Tragedi berbuka di Nyonya Colors

Assalamualaikum

Beberapa minit sebelum tragedi :)

Sambungan dari 2 entri sebelum ni. Lepas keluar dari Ikea, niat hati nak terus balik. Tapi adik saya cik Zue, ajak singgah Jusco Bukit Raja nak cari kasut raya. Jadi kami pergilah Jusco. Mula pergi Bata, lepas tu masuk dalam Jusco pula. Tapi kasut tak beli lagi. Jadi saya suruh adik booking table dulu di Nyonya Colors ni sementara bersihkan Iman yang dah membuang lagi sekali. Sampai tembus di seluar. Seluar pula dalam kereta. Kenalah Acik tolong ambil kan. Pakai dryper je lah Iman sementara tunggu acik ambil seluar.

Macam biasa lepas order makanan, sementara menunggu... ambil lah gambar untuk update dalam blog (biasalah kan bila ada blog, semua nak story). Tak lama lepas tu azan. Air teh o panas yang di order baru di letakkan atas meja. Masa ni Iman sibuk nak makan kuih percuma yang kedai ni bagi. Sedang saya nak ambil kuih, entah macamana sepantas kilat Iman tertarik cawan air teh panas. Habis tumpah kena tangan saya. Iman pun terkena juga sikit. Apa lagi meraung lah dia. Saya terus bawa pergi bilik air.

Lepas basuh tangan dia dan saya. Tukar lagi pakaian Iman. Masa ni saya rasa pedihnya tangan. Cuba selak tengok merah-merah bahagian hampir dengan siku. Ada satu bahagian nampak hitam. Tapi tahan je lah. Duduk balik, buka puasa. Iman ok je. Lepas solat, sambung balik cari kasut acik. Akhirnya beli di Bata.

Lepas beli terus balik rumah mak. Terus tengok tangan. Alamak dah menggelembung kulit. Patutlah pedih sangat. Boleh lagi gelak-gelak cerita dengan adik ipar. Beritahu dia Iman dera dan mujur saya yang kena. Kalau Iman, tak tahulah.. mak kata 'hadiah makan kat Nyonya Colors' ;)

Sekarang dah pecah yang menggelembung tu. Terlanggar pintu. Adoi pedih jugalah mula-mula tu. Kalau tengok macam kena cakar rimau je. Sebab ada 5 garisan kesan percikan air. Bayangkan punyalah panas air tu sedangkan saya pakai 2 lapis baju. Dah nak kena. Redha je lah. Saya cuma pesan pada Iman, lain kali jangan buat macam tu lagi. Tengok apa dah jadi kat tangan ummi. Lepas tu boleh pula dia menangis. Tahulah tu salah dia.

Sempat lagi tengok show kat ruangan legar. Tiba-tiba nak bersilat diorang ni bulan-bulan puasa ;) sekali dah tengok, ralit juga. Hairan, kenapalah buat pentas macam ni. Orang nak tengok pun susah.

UI: Mujur sedap laksa Thai yang di order.

13 ulasan:

  1. Kesiannya smpai tangan melecur..nasib baik Iman tak kena byk..
    harap cepatlah sembuhnya...nak raya dah ni...

    BalasPadam
  2. kalu dah pecah tu, cepat jer baiknya

    BalasPadam
  3. kesiannya kat Iman..letak ubat nnt cepat sembuh ye..
    x pernah makan kat Nyonya Color tu..klu sedap boleh la cuba..:)

    BalasPadam
  4. salam ramadhan # 21
    sakit tu,m3h pernah kne..

    BalasPadam
  5. Ciannya dia cepat sembuh ye

    BalasPadam
  6. Siannya..harap2 cepat sembuh ya...

    BalasPadam
  7. ala siannyer.. moga cepat baik yer

    BalasPadam
  8. huhuhu aduhhh akk lak rasa pedihnyee
    aduh haii anak dik ..
    jgn lupa letak ubat cepat2 tau dik

    BalasPadam
  9. semoga ummi iman & iman cepat sembuh ye.. :)
    mmg betul2 panas air tu.

    BalasPadam
  10. patutnya bila kena tu akak kena cepat2 basuh tgn akak sampai betul2 sejuk...

    bila akak biar, tu yg jadi mgelembung tu...sbb bila biar daging akan jadi mcm masak...

    tips ni nur dpt time bw kakak spupu ke klinik sbb kena sambar api...doc tu pesan mcm tu la..mandi atau basuh tempat yg tkena api atau air panas sampai sejuk...

    BalasPadam
  11. Terima kasih semua yg mendoakan saya. @ cik nur: akak dah basuh dgn air lepas kena tu. Mungkin sekejap je akak basahkan. Minyak pun letak lambat. Kalau cepat letak myk but2 mungkin tak jd teruk mcm ni. Apa pun alhamdulillah satu tempat je yg menggelembung. Yg lain cuma hitam.

    BalasPadam
  12. aduhhh.. terasa sakitnya melecur kena air panas tu. dugaan bulan ramadhan ni.

    BalasPadam
  13. aduh dapat bayangkan betapa sakit bila tgn naik gelembung kena air panas.nak buat macam mana bukan iman sengaja.sian dia smp nangis.hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...