بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 1 Julai 2013

Terpengaruh dengan ummi yang suka ambil gambar

Assalamualaikum

Inilah dikatakan ibubapa jadi contoh anak. Sejak akhir-akhir ni Iman sibuk minta handphone nak ambil gambar. Yang hairannya macam-macam gambar dia ambil. Tapi lepas fikir-fikir, tersenyum bila teringat yang saya suka ambil gambar macam-macam  juga semata-mata untuk blog ;)

Ini gambar terbaru Iman ambil...

Iman panggil ni getas.. :) bila ajar sebut getah. Jadi macam tu juga. Bila lama-lama ajar boleh sebut. Tapi dia lebih suka sebut getas :) "mi.. tengok ni gambar getas"

Dua bekas kaca comel ni ada bawah kerusi. Siapalah yang letak kat sini. Boleh pula dia terfikir nak ambil gambar. Bekas ni hadiah dari rumah pengantin.

Nampaknya dah ada tokoh-tokoh nak jadi blogger juga ;). Rasanya mengalahkan ummi dia lagi. Banyak gambar lain yang Iman ambil, tapi saya dah delete. Gambar tikar, tv, member kad (siap pegang kat tangan sambil ambil gambar. Tak tahan melihat gayanya) dan macam-macam lagi.

Pandai juga ambil gambar muka sendiri. "tengok besar gambar Iman". Saja letak kamera dekat-dekat dengan muka.

4 ulasan:

  1. Iman bakal jadi blogger muda... minat dah ada tu :)

    BalasPadam
  2. hehehehe...pandai iman yea...
    tgk ummi buat dia pun nak buat.. :)

    BalasPadam
  3. sama pesenlah dgn anak sy, hahahah...

    BalasPadam
  4. aiman pun sama.afia dh beso nti taktau la cmna pesen.gurl lglah suka bergambar n amik gmbar..hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...