بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 25 Julai 2013

Terkejar-kejar rasanya

Assalamualaikum

Setiap kali Ramadhan. Terasa cepat sungguh setiap hari berlalu. Kalau boleh nak suruh lambat-lambat sikit raya tu. Macam biasa nak raya kenalah kemas-kemas rumah. Walau memang dah biasa kena kemas. Tapi nak raya kena terlebih sikit kemasnya. Betul tak? Nak ada juga nampak sikit perubahan. Tapi masih tak tahu apa yang perlu di ubah untuk kemeriahan Syawal tahun ni. Masa ni lah mood nak alih-alih barang rumah timbul. Walaupun tiada kena mengena dengan nak raya. Sebab itu semua dalam bilik ;)

Ramadhan kali ni sibuk berulang-alik rumah mak. Kesian mak, tiba-tiba tangannya alah pada sabun dengan tahap yang teruk juga. Mengelupas dan langsung tak boleh kena air. Jadi kenalah membantu. Maklumlah AI pun tiada. Kami pun tak lah boring sangat. Terutama saya yang nak sahur dan berbuka sorang-sorang di rumah.

Seronok juga bila jadi chef rumah mak. Nak masak ni lebih seronok untuk ramai orang yang nak makan. Entah kenapa rasa macam tu. Bila berdua mungkin sebab sikit sangat nak masak. Rasa tak meriah. Ada juga 2 hari tak sempat masak sebab ada aktiviti yang terlebih masa. Jadi beli sahaja di pasar Ramadhan.

Persiapan untuk balang raya belum mula lagi. Baju raya saya punya je dah siap tempah. Iman dan AI biasa beli ready made. Nak tunggu AI balik baru beli. Kenderaan pula belum lagi check apa yang patut. Nak jalan jauh ni kenalah pastikan semuanya dalam keadaan baik. Ada juga perbaiki apa yang patut. AI kata tunggu dia balik.

Apa yang merisaukan. Tak tahu lagi AI balik bila. Kalau balik lagi 3 hari nak raya. Memang terkejar-kejar nanti.

Last sekali.. update blog pun terkejar-kejar juga ;) lagi lah nak blogwalking. Maaf sangat. Rasa bersalah juga pada kalian. Internet pula slow di rumah mak. Perasan tak entri sebelum ni tak banyak text pun. Sebab itu lah.. Kalau line internet tak ok.. memang apa pun tak boleh.


UI: hari ni ada di rumah sendiri.. ;)

14 ulasan:

  1. salam kenal tuan rumah...akak follw & isi tabung kt sini

    BalasPadam
  2. mmg cepat je posa tahun ni,,,
    balik mana raya kali ni

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa.. saya pun terkejar2 juga.. tapi kejar mana yg sempat aje lah..

    BalasPadam
  4. tu la, kejap jer rasa puasa.. tup2 dah separuh Ramadhan....

    BalasPadam
  5. Rumah mak dgn rumah Rose jauh ke dekat. Kalau dekat kenapa line tak ok ye...

    BalasPadam
  6. nanti dah okay jgn lupa ke blog saya yer...dont worry be happy...take care

    BalasPadam
  7. haah cepatkan masa berlalu..semalam balik lipis kemain lagi lagu raya dalam radio..saya jarang dengar radio kecuali time dalam kete..hehe

    BalasPadam
  8. Tu lah kan..tak sedar dah 15 Ramadhan..begitu cepat berlalu..
    apa pun sediakn apa2 yg patut secara sederhana..btl tak?:)

    BalasPadam
  9. bulan puasa ni sy pun terkejar2 juga.klu kerja pagi nak on tenet pun maam tk sempat..hehe

    BalasPadam
  10. bulan puasa ni sy pun terkejar2 juga.klu kerja pagi nak on tenet pun maam tk sempat..hehe

    BalasPadam
  11. sekrang dah 16 puasa...lepas ni mmg masa akan berlalu sepantas kilatlahkan...

    akak dah bw mak akak pergi klinik ke? moga cepat sembuh tgn mak akak tu....

    nur persiapan raya masih zero..huhu

    BalasPadam
  12. @sis kamsiah: t.kasih
    @kak zakie: kira jauh jugalah.. pelabuhan klang dgn kapar :)
    @atie: betul. Sederhana je.. cuma kena nampak lebih kemas dari biasa. Nak dpt kan mood raya :)
    @cik nur: dah pergi klinik dgn hospital. Hampir sembuh tapi belum pulih sepenuhnya. Lama juga dah 2 minggu. T.kasih doakan ya. Org bujang last minute pun takpe ;)

    BalasPadam
  13. Salam.. smga tgnn mak akak cppt sembuh... kene tukar sabun la kalau gitu kan. Dlu mak saya alah sabun cuci pggn..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...