بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 29 Julai 2013

Tengok langsir Ikea

Assalamualaikum

Mujur tak sesak sangat jalannya

Lepas selesai mak buat rawatan di darussyifa', saya terus bawa kereta menuju ke Ikea, Damansara. Dalam hati ni meronta-ronta nak tukar langsir. Tengok iklan Ikea dalam blog, nampak menarik dan murah. Dah 2 tahun langsir yang sama. Nak tukar sebab tak puashati dengan langsir yang ada. Jahit sendiri. Faham-fahamlah. Tak sempurna rasanya. Warnanya pun gelap. Malap je rumah :)

Sampai di Ikea terdengar alunan selawat nabi Ya Hanana. Ada 4 orang lelaki berbaju Melayu dan bersampin duduk di tepi mesin ATM. Dalam hati kata, bagus juga Ikea ni. Memang syahdu je dengar.

Kami masuk melawan arus. Puas lah berjalan nak cari bahagian langsir. Bila dah sampai. Belek sana, belek sini. Lama juga fikir nak beli ke tak? Macam-macam fikir, sesuai ke tak? tahan lama ke tak? Rasa macam panjang sangat pula. Akhirnya, tengok je lah.

Dah datang jauh-jauh, untuk tidak menghampakan diri sendiri, belilah fitted sheet untuk katil single yang ada di bilik bawah. Fabrik tilam tu licin jadi bila ada benda ni, taklah 'lari-lari' cadarnya. Masa bayar, casher tu tanya, satu ni je.. saya angguk je lah...  itu je yang diperlukan. Lain dicari lain yang dibeli ;)
tengok gambar semuanya cantik

8 ulasan:

  1. Wah.. Shopping..jgn x shopping.. Hehe

    BalasPadam
  2. kalau da sampai tp xbeli, rasa ralat pulak kan...

    BalasPadam
  3. Shopping di Ikea ni mmg bestkan?..Sabah takde IKEa..huhu..:)

    BalasPadam
  4. dh lama tak g ikea dl dok subang bleh g sll,,,
    langsir dah 3 tahun tak ganti,,,hihihi bukan raya kat cni,,kan ry kat kg,,,

    BalasPadam
  5. ler...nape tak belinya? cantik langsir dlm gambar tu

    BalasPadam
  6. berdenyut jantung memang kalau ke IKEA. semuannya nak kanm..

    BalasPadam
  7. ok gak tu, ada jugak akak belikan..
    dari balik tgn kosong je..
    hehehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...