بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 22 Julai 2013

Surau bergerak

Assalamualaikum

Tertarik nak kongsi gambar surau bergerak yang terletak di Taman Perindustrian Saujana Indah, Shah Alam berhampiran pasar malam. Bagus disediakan perkhidmatan begini untuk yang berniaga di pasar malam. Sambil mencari rezeki solat tidak ditinggalkan. Teringat kisah ribut di pasar Ramadhan tahun  lepas yang menyebabkan ada yang terkorban.

Gambar surau bergerak yang diambil dari dalam kereta

Tidak pula tahu rupa di dalamnya. Ada disediakan air untuk mengambil wuduk kah? Saya ke sini bukan untuk ke pasar malam. Jauh sangat tu dari rumah, saya ke sini kerana mengambil adik perempuan saya yang sedang buat praktikal di office yang terletak berdekatan pasar malam ni.

Sudah dua kali ambil adik di sini. Khidmat kakak dia ni diperlukan jika adik saya yang lelaki lewat untuk mengambil dia atau kerja di luar daerah. Adik saya yang lelaki tu kerja di Hulu Langat. Jadi kenalah hantar dan ambil dia sebelum dan selepas ke tempat kerja.

Adik perempuan bongsukan... manjalah sikit walau dah berusia 24 tahun. Asyik kena usik je.. maklumlah dia seorang je yang masih single.

11 ulasan:

  1. Mungkin ada disediakan juga tak Rose. Kalau tak macam mana nak berwudhu'. Tak pernah kakak jumpa..

    BalasPadam
  2. bagus nyer ada perkhidmatan surau mcm ni utk peniaga pasar malam... mudahkan peniaga...

    BalasPadam
  3. tak penah tau pulak ade surau bergerak.heee

    BalasPadam
  4. eh bgsnya kan.. jadi xdelah mereka berniaga tanpa bersolatkan..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ummi...senang untuk mereka bersolat ni...;)

    BalasPadam
  6. baguslah utnk kemudahan bersolat !

    BalasPadam
  7. tak pernah saya jumpa..tpkira baguslah kemudahan utk peniaga bersolat kan

    BalasPadam
  8. satu je ke.? atau ada dua untuk lelaki dan perempuan...?

    senangkan surau mcm ni....

    BalasPadam
  9. bgs kalau ada..xd alasan lagi ti=ok mereka yg kaki miss

    BalasPadam
  10. masa balik kampung suami, saya ke pasar malam. nampak ada org solat belakang tmpt dia berniaga. tak pernah tgk lagi org berniaga solat. murah rezeki kalau tak lupa Allah kan.

    BalasPadam
  11. Wah...bgusnya...xde alasan la x nk solat kan..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...