بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 26 Julai 2013

Suka dapat kacau ummi dia

Assalamualaikum

Dah macam iklan telefon ummi tengok :)

Suka tengok aksi spontan Iman. Memang kuat gelak, tak kurang kuat menangis juga. Kira 50-50. Apa yang digelakkan dan apa yang dinangiskan kadang-kadang memang tiada sebab :) Mereka yang kenal Iman memang faham sangat dua sifat Iman ni.

Gambar di atas tu diambil semasa saya sedang lipat kain dalam bilik. Mana ada ummi, situ ada Iman.. dah macam kembar siam :) apa saya buat dia pun nak buat sama. Saya bagi je peluang tu.. dengan harapan sampai ke besar rajinnya. Suka bila dapat tolong. Ummi dia je yang kadang pening, terpaksa buat kerja dua kali bila assistant dah lakukan kesilapan. Sabar je lah...

Sambil lipat kain sambil layan Iman. Yang sekejap jadi lambat nak siap. Ada je iklannya. Kalau larang mesti merajuk. "taknak kawan ye" (ummi dia lah tu ajar ayat ni). Menyesal pula. Tapi mujur kejap je merajuknya. Merajuk macam ni takpe lagi. Kalau menangis.. lagilah haru. Tegur lembut pun menangis. Memang tak boleh tegur langsung. Kena ayat bodek-bodek baru takpe. Dah jadi pakar pkisologi ummi dia ni. Apa pun Iman yang banyak mengajar saya dalam memahami diri seseorang :).

5 ulasan:

  1. Amboi Iman, kemain lagi gelak erk.. itulah anak, dialah penawar duka kita..

    BalasPadam
  2. comelllnya Iman.. suka tgk gelak dia tu..hihi..
    sama lah kita, anak mengajar sy menjadi lbh penyabar...:)

    BalasPadam
  3. kemain iman gelak yea..ape agaknya digelakkan tu.. :)

    BalasPadam
  4. kanak2 ni istimewa.sebab tu mereka akan ketawa n menangis tanpa sebab.sebenarnya bersebab cuma kita kena gali apa puncanya kan.kita sendiri faham ragam anak kita..:)

    suka tgok iman senyum2 gelak2 macam ni..comel sgt.tulus nmpk muka iman tengah happy

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...