بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 1 Julai 2013

Selamat pengantin baru buat rakan arwah adik

Assalamualaikum

Pasangan pengantin sedang memerhati orang bersilat

Lepas pulang dari Jakel terus menuju ke rumah pengantin lelaki, kawan kepada arwah adik lelaki saya yang bongsu. Rakan arwah yang bernama Zamri ni merupakan antara rakan yang paling rapat dengan arwah. Jodoh di usia muda. Jika arwah adik saya Hakim masih ada, arwah kini sebaya Zamri yang berusia 22 tahun. Sedang elok kami sampai pengantin baru nak berarak. Jadi saya, mak dan adik ikut sekali berarak atas permintaan Zamri.

Jodoh mereka diaturkan oleh rakannya. Semoga perkahwinan mereka berkekalan dan mendapat keberkatan dari Allah. Kawan arwah adik saya panggil mak saya mak. Arwah ada pesan pada kawan-kawannya, supaya tengok-tengokkan mak saya jika arwah tiada. Saya memang kenal dengan rakan-rakan arwah. Kerana mereka memang cukup rapat.

Jika ada majlis kenduri kahwin begini, arwah sentiasa mengajak rakan-rakannya membantu keluarga pengantin. Sehinggakan ada yang menjadikan arwah sebagai anak angkat mereka.

Kalau melihat rakan arwah, memang sebak juga kerana teringatkan adik kesayangan yang suka bermanja dengan saya telah tiada. Arwah adik saya meninggal mengejut (muntah darah) dihadapan saya, mak dan adik beradik perempuan yang lain. Apa pun sudah di takdirkan arwah pergi dengan cara begitu. Beza cuma setahun dengan arwah abah saya yang sakit akibat paru-paru mengecut. Kami anggap arwah sebagai peneman arwah abah saya di sana. Arwah meninggal selepas mendapat keputusan SPM.

Semoga arwah adik saya tenang di sana. Amin. Miss u so much adik.

Di hari pernikahan adik lelaki (no.4 dalam bilangan adik beradik). Masa ni arwah dah mula menampakkan perbezaan perwatakannya. Arwah kiri sekali. Baju Melayu warna biru. Sudah 4 orang tiada dalam gambar ni. Arwah nenek, atuk, adik dan mak itam. Arwah adik dan nenek beza kematian tidak sampai setahun. Al-fatihah buat mereka semua.


6 ulasan:

  1. Mestilah Rose teringat arwah adik sebab pengantin selain rapat dgn arwah juga dgn keluarga sampai dah panggil mak pun mak juga

    Yg hidup moga berbahagia dan yg dah pergi moga tenang disana.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ummi...selamat pengantin baru buat mereka yer...:)

    BalasPadam
  3. segak pengantin.selamat pengantin baru buat mereka..moga aruah adik tenang disana

    BalasPadam
  4. al-fatihah buat arwah adik akak..

    dan selamat pengantin baru...

    BalasPadam
  5. saya pun kalau dapat jemputan kwn² arwah adk mesti teringatkan dia.. kdg2 kwn arwah adk dtg beraya .. allahuakbar saya yg sebak.. sbb arwah xde pun dia org dg rumah jenguk mak abah...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...