بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 2 Julai 2013

Sebab kena migraine

Assalamualaikum

Malam tadi tiba-tiba kena migraine. Dah lama tak kena. Kalau kena migraine biasanya kepala sebelah kiri sakit. Bila dah muntah baru lega sikit rasanya tu. Jadi nak tahu juga sebab apa kena migraine ni. Setelah mencari-cari, info di bawah ni banyak membantu. Baru ni minum kopi, semalam makan junk food kacang peas dan lama tengok skrin iPad. Rasanya inilah faktor-faktornya kenapa tiba-tiba kena migraine malam tadi. Mujur rumah mak, bolehlah mak tolong urut.

Mak kata tengok lama benda tu, tu yang sakit kepala. Ya lah mak. Mentang-mentang lah Iman tidur lama semalam. Kalau dia ada tentu tak dapat peluang tengok lama-lama. Rasanya bagus juga Iman kacau ummi dia ;) itu lah antara sebab tak serajin orang lain blogwalking. Bukan tak mahu tapi keadaan tak mengizinkan.


Punca dan sebab kena migraine:

Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).


Pemakanan.
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain.
  • Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.
  • Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.
  • Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.
  • Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

Hormon.

Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun:
  • Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.
  • Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid.
  • Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.
  • Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

Cara hidup.
  • Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga.
  • Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.
  • Pemakanan yang tidak teratur (lihat di atas).

Pengambilan ubat.
  • Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.
  • Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

Penyebab-penyebab lain.
  • Perubahan cuaca.
  • Cuaca terang matahari atau lampu.
  • Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
  • Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
  • Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
  • Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
  • Merokok.


8 ulasan:

  1. Kalau kena sakit kepala tu memang taktahu nak cakap apa dah. Tidur lah yang terbaikkan

    BalasPadam
  2. dulu pernah kena tp dok ckp tu cuma sakit paler je..huhu :)

    BalasPadam
  3. moga cepat hilang sakit migrain...Alhamdulillah tak pernah kena migrain

    BalasPadam
  4. assalamualaikum akak....lama xsinggah sini..hope akak n iman sihat2 jer yer...wani alhamdulillah xpenah kena lg migrain

    BalasPadam
  5. betul, kadang2 hadap lama skrin mmg boleh buat sakit kepala...

    Nur pun lama tak kena migrain...
    kalau kena mmg xleh buat apa..huhu

    BalasPadam
  6. mudah2an migrain akak tak berulang lagi...

    BalasPadam
  7. akk ada migrain ekk..harapnya tak berulang..kena kurangkan aktiviti mengadap ipad nmpknya.:)

    BalasPadam
  8. Do you drink Pepsi or Coke?
    ANSWER THE POLL and you could get a prepaid VISA gift card!

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...