بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 8 Julai 2013

Pertahankan hubungan demi Allah

Assalamualaikum


Jika ada pasangan suami isteri yang berselisihan faham atau mula rasa tak serasi dengan hubungan yang sedia ada. Eloklah berfikir panjang sebelum buat keputusan untuk berpisah. Mungkin kita fikir sudah takdir begitu. Namun jika kita betul-betul mendalami islam pasti kita fikir banyak kali dan pertahankan hubungan yang sedia ada. Sayangkan putus begitu sahaja. Bila kita memilih seseorang, sudah pasti orang itu yang terbaik buat kita.

Masing-masing kena perbaiki hubungan yang ada. Pasti ada kesilapan di mana-mana. Jika diperbaiki, inshaallah hubungan akan lebih bermakna semula. Jika pasangan buat kesilapan, jangan mudah melatah. Jika kita berlembut, inshaallah mereka akan tersentuh dan mula menghargai kita.

Saya cukup rasa tersentuh dengan kata-kata dari seorang ustazah. Sebagai seorang isteri kita adalah peneman suami sepanjang hayat. Tengok balik, adakah sempurna tugas kita sebagai isteri untuk suami. Seperti mana yang suami kita mahukan tak? Adakala kita tak perasan. Tak kira isteri atau suami. Namun menyuarakan apa yang kita mahu dan tidak suka itu lebih baik dari memendam rasa. Kerana memendam rasa tidak akan mengubah apa pun. Malah semakin memburukkan keadaan yang sedia ada.

Bagi saya biarlah perkahwinan itu sekali seumur hidup. Kita pertahankan apa yang dilafazkan semasa ijabkabul. Memang kita tak mampu menolak takdir. Tapi kita masih mampu terus berdoa dan berubah agar hubungan sentiasa kekal walaupun banyak ujian yang melanda.



UI : Gambar dari Facebook. Entri ini sekadar renungan bersama. Semoga kita tergolong dalam keluarga yang bahagia. Amin.


9 ulasan:

  1. wpon talak itu d benarkan... effect nyer mendalam.... semoga kita berjodoh dgn suami hingga ke jannah, amin...

    BalasPadam
  2. betul tu..pertahankan perhubungan yg sedia ada..daripada membina perhubungan yg baru,yg kita x tahu..samaada kekal atau tidak..:)

    BalasPadam
  3. btol tu... pandang ke hadapan...

    BalasPadam
  4. btl tu..apa pn muhasabah dri blk.msti ada slap d mana2..

    BalasPadam
  5. betul, doa itu senjata orang beriman, dan bacaan al Quran adalah cahaya rumahtangga, insha Allah

    BalasPadam
  6. kalaulah sy jumpe pasangan mcm tu..mmm

    BalasPadam
  7. allah sentiasa mendgr doa hambanya yg meminta kan.... yakin dgn allah..

    BalasPadam
  8. dan nur rasa, dalam sesebuanh hubungan suami dan ister yg paling penting adalah komunikasi kan...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...