بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 16 Julai 2013

Perbetulkan diri sendiri dahulu

Assalamualaikum

Umum tahu kisah Alvin Tan dan Vivian Lee yang mengucapkan selamat berbuka puasa dengan sup ba alif ba ya. Sebenarnya saya tak kenal pun mereka. Tapi bila kecoh-kecoh yang tak kenal jadi kenal. Bila dah kenal rupanya mereka ni memang tak patut saya kenal kerana banyak buruk dari baiknya. Sepatutnya dari awal lagi blog mereka perlu 'dibuang'. Saya rasa bangsa mereka sendiri malu dengan apa yang mereka lakukan.

Apa yang mereka buat memang silap sebab tidak memikirkan sensitiviti umat Islam. Tapi tidaklah besar impaknya pada kita yang Islam ni. Setakat orang saja ingin 'geli-geli' kita, berbanding umat Islam sendiri yang masih ramai menghina Islam. Agak kasar bunyinya. Tapi itu lah kita. Apa yang Allah larang, masih ramai yang melakukannya.

Fikir-fikirkan... semoga umat Islam sentiasa memperbaiki kesilapan sendiri dahulu. Banyak perkara wajib yang Islam suruh tapi masih ramai yang tidak melakukannya.


UI: Diri sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki. Semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah oleh Allah.

10 ulasan:

  1. setuju entry akka ni.. allah muhasabah diri dibuatnya...

    BalasPadam
  2. saya cuba muhasabah diri ttg kejadian ini...

    BalasPadam
  3. betul tu kak..
    perbaiki kesilapan diri sendiri dulukan...

    BalasPadam
  4. betul tu UI..
    sy pun kena banyak perbaiki diri sendiri dl..nak jadi contoh yg baik pd anak sy...
    sama2 muhasabah diri...

    BalasPadam
  5. ssy setuju..sy pun tak kenal depa tu.tetiba je pemes kan.hari2 kluar tv.

    BalasPadam
  6. Kan... Ramai je umat Islam yg persenda Islam... Tapi x brmkna kita nak bela tindakn si bkn Islam tu.. Cuma.. Cuba2 lh koreksi diri...salam kenal dari ummi Faiqah... :-)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...