بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 5 Julai 2013

Maksud doa qunut

Assalamualaikum


Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku sebagaimana orang yang Engkau beri petunjuk

Berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana orang yang Engkau telah beri kesihatan

Dan peliharalah aku sepertimana orang yang telah Engkau peliharakan

Berilah keberkatan dalam setiap perkara yang Engkau berikan

Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya dihukum

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan sungguh tidak mulia orang yang Engkau musuhi

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

Aku memohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepadaMu

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarganya, sahabatnya

13 ulasan:

  1. Kakak tampal doa qunut ni di dinding bilik untuk anak kakak mula belajar solat dulu dah berbelas tahun masih lekat lagi..

    BalasPadam
  2. Salam Ummi Iman,sama la k.atie ngan k.zakie...bg anak2 hafal lekat kat dinding gak..hihi



    Email k.atie:

    azatie_sayang7071@yahoo.com.my

    BalasPadam
  3. alhamdulillah , nice sharing dik ;)

    BalasPadam
  4. sedang dlm proses paham bacaan dalam solat.... wpon da 30an mcm da terlambat tp better late than never kan ;)

    BalasPadam
  5. bila tahu makna, mmg lebih bermaknakan ssetiap solat kita...

    terimakaseh sudi share kak

    BalasPadam
  6. kena hayati dalam solat :)

    BalasPadam
  7. selalunya tau baca je setiap kali solat tak pernah pun hayati maksud.inilah masanya..:)

    BalasPadam
  8. As salam Kak Ruse,

    Apa khabar? Lihat doa Qunut ni teringat cerita Teduhan Kasih masa papa Adam nak aqad nikah.. boleh pulak nervous takut2 tok Imam suruh baca doa Qunut...hehehe :))

    Salam Ramadhan...

    BalasPadam
  9. Aminn amin amin ya rabbal alaminnn :)

    BalasPadam
  10. bab doa qunut ni kite kena tgk gak sirah Rasul, masa bila dia baca qunut ni, sebabnya Rasul pun baca pd masa tertntu jer..

    Dari Anas r.a, bahawa :

    Maksudnya : “Nabi S.A.W tidak pernah berqunut ketika mengerjakan solat Subuh, kecuali ketika hendak mendoakan kebaikan atau kebinasaan ke atas sesuatu kaum.”
    ( Riwayat Ibnu Hibban, Al-Khatib dan Ibnu Khuzaimah )

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...