بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 9 Julai 2013

Maafkan saya

Assalamualaikum

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin saya memohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah kata secara sengaja atau tidak sengaja. Saya harap tiada yang salah faham terhadap saya dalam berblogging.

Masa untuk berblogging amat terhad buat saya. Kalau ada yang rasa saya singgah blog yang hanya singgah di blog saya, itu silap. Disamping mengunjungi blog yang tertarik untuk dibaca, saya akan singgah kembali sebagai tanda terima kasih. Itu pun terkadang terlewat. Kalau ada yang tidak singgah saya minta maaf.

Setiap rakan blog yang saya kenal semuanya baik-baik. Masing-masing ada cara tersendiri. Namun inilah cara saya. Jika berkesempatan Inshaallah saya akan singgah. Saya faham perasaan mereka yang kerap singgah tapi tiada kunjungan balas. Pasti terdetik juga rasa negatif. Saya cuba mengikis perasaan sebegitu. Mungkin mereka sama macam saya tiada masa. Lebih elok rasanya tiada paksaan dalam melakukan sesuatu. Kita dalam dunia yang sama namun mungkin cara kita berbeza. Namun saya hormat pada kalian semua sebagai kenalan maya saya.

Mungkin ada juga yang tidak kisah atas kunjungan balas atau tidak. Apa pun persepsi kita, saya harap semuanya bersikap terbuka. Sentiasa fikirkan yang baik-baik. Sekali lagi maaf jika ada salah silap.

Selamat bersahur dan menjalani ibadah puasa. Semoga sama-sama merebut peluang mencari pahala dan semoga ibadah kita diterima Allah. Inshaallah. Amin.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

8 ulasan:

  1. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa..

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa kak...Nur juga mohon maaf dari akak kalau2 sepanjang persahabatan kita nur ada buat salah dgn akak...

    Nur pun bulan ramadhan ni, mgkin agak slow sikit.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...sama2 la kita n selamat berpuasa yer...:)

    BalasPadam
  4. selamat berpuasa kak , harap tahun ni boleh lah saya beraya rumah akak hihihihihi ...

    saya pun nak mintak maaf jugak, maklumlah sy ni pun masa terhad nak bw.. kdg²/ sy dtg maraton jer baca entry akak...

    BalasPadam
  5. Selamat berpuasa juga buat UI sekeluarga..
    mohon maaf jg andai ada komen2 yg menyinggung perasaan..:)

    BalasPadam
  6. salam ramadhan dear ;-)..ampun maaf jika ada salah silap..

    BalasPadam
  7. salam ramadhan juga...hari ni dh 6ramadhan

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...