بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 31 Julai 2013

Lucu tengok gelagat kera

Assalamualaikum


Pagi tadi hantar adik pergi tempat praktikal dia. Sementara menunggu polis trafik memberi laluan, tertarik tengok seekor kera yang nampak seronok menggigit botol air mineral atas pembahagi jalan sambil memerhati kereta lalu lalang.  Macam-macam gaya dia pegang botol tu. Kesian pun ada. Mungkin sebab tiada makanan yang hendak dimakan, dia gigit botol plastik ni.

Macam makan kuaci pun ada. Gigit-gigit buang. Ambil rasa je agaknya. Ataupun dia sedang protes dan mogok tepi jalan ni sebab tiada makanan, atau juga meminta simpati orang ramai supaya bagi makanan pada dia.

Apa pun dia masih boleh survive hidup di tengah bandar yang penuh dengan dugaan ni ;) 

9 ulasan:

  1. Gelagat kera mmg lucu tpi kalau ank.murid buat perangai mcm ni jadi geram.. Huhu

    BalasPadam
  2. hahahah kan ...

    jaga2 lucu2 dia tergolek sama !

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...hehehee mmg lawak kalau tengok gelagat mereka ni...:)

    BalasPadam
  4. Selalu juga ralit bila tgk kera ditepi jalan.. Pa'e suka lah klu ternampak...hihi

    BalasPadam
  5. kesian haiwan skng... tmpt tinggal pon da kurang...

    BalasPadam
  6. salam ramadhan # 23
    cian kan cari makanan..kang kalo bg,ramai pulak geng2 yg lain dtg..hehe

    BalasPadam
  7. gelagat kera ni sekali pandang macam manusia pun ada.tu sebab lucu..

    BalasPadam
  8. kalau bagi makanan tu, mahu yg lain2 pun turut sama keluar n minta..
    kadang2 bahaya tau kera yg terdedah mcm ni...

    dulu kat taman tasik taiping byk...lepas tu kena angkut ke tempat lain sbb kera tu menganas..huhu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...