بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 27 Julai 2013

Kurma Iraq

Assalamualaikum

Pernah tengok kurma Iraq? AI ada hantar beberapa gambar dia bersama kurma Iraq. Ada juga minta AI bawa balik. Tapi yang macam ni kena tunggu lama juga untuk dimakan sebab belum masak lagi. Pernah juga makan yang kurang masak masa AI pergi Sudan dulu. Rasanya kelat sikit.

Rupa kurma Iraq

Yang ni pula gambar dalam masjid masa AI solat Jumaat di sana. Cantik hasil binaan mereka. Ralat: ini bukannya masjid, tapi tempat mesyuarat dan perjumpaan kata AI.

Tempat kerja AI di Iraq, bukan mudah untuk kemana-mana. Setiap pergerakan dikawal rapi oleh tentera. Nak keluar pun kena pakai baju kalis peluru sebagai langkah keselamatan. Di sana majoriti mengamalkan Syiah. Risau juga dengan AI yang bekerja di sana. Tapi AI beritahu tempat kerjanya jauh dengan tempat yang berlaku pergolakan.

Kongsi sedikit ayat al-Quran yang menyebut tentang buah kurma.

Dalam al-Quran, Allah sering mengingatkan manusia bahawa pohon kurma yang tumbuh di bumi ini merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Oleh itu manusia hendaklah memerhatikan kekuasaan Allah itu dan mengakui keagungan-Nya. Contohnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (al-An'am: 99)

Kebun kurma adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia yang semestinya disyukuri. Cara bersyukur adalah dengan cara menyedekahkan atau mengeluarkan zakat sebahagian daripada hasil buah kurma tersebut kepada fakir miskin.

Ini dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-An'am: 141)

UI: Info tentang kurma diambil dari artikel Utusan Malaysia

3 ulasan:

  1. Nur tak pernah rasa lagi kurma mcm tu...

    lama lagi ke ayah iman kerja sana...

    mmglah risaukan...

    BalasPadam
  2. @cik nur: Tak pasti sampai bila. Bergantung pada kerja. Selesai balik lah nanti.

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan lagi Kurma Iraq ni.. 1st time juga tgk pic..;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...