بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 9 Julai 2013

Kedai makan sedap Batu Belah Klang D'Mesra Seafood

Assalamualaikum

D'Mesra Seafood
Lokasi: Jalan Batu Belah - Rantau Panjang (Shapadu), Klang
Gambar tak clear. Suruh adik ambil.. Manalah orang reti katanya ;)
Akan update kalau ambil gambar baru

Malam Sabtu lepas adik saya yang berkaca mata dalam gambar di bawah ni sibuk nak belanja makan. Dapat duit hadiah IPT buat belanja famili pula. Kira salahguna sikit lah. Sekarang dia sedang buat praktikal di Shah Alam. Moga murah lagi rezeki dia lepas ni dalam pelajaran dan kerjaya.

Alkisah nak makan di restoran Wahida di Rantau Panjang, Klang. Tapi tutup, jadi pusing balik. Tak tahu nak makan kat mana. Adik saya Hisham cadangkan di kedai ni. Masa sampai ramai betul orang. Tempat duduk penuh. Akhirnya selepas tunggu sekejap, dapatlah tempat. Kalau dah penuh mestilah sedapkan. Saya dan adik beradik gurau-gurau cakap kena bagi nama kedai terlajak laris :) Kebetulan ramai datang makan bersama famili masa ni.

Mujur masih ada rezeki kami nak makan ikan siakap stim dan 3 rasa. Sebab ikan ni memang tinggal 2 ekor je. Ikan masak stim halia tu oklah, saya lebih suka stim limau. Tapi siakap 3 rasa memang best. Sebab ikan dia garing dan rangup. Sup ekor, burung puyuh goreng dan sayur kailan goreng pun sedap. Rasa fresh. Tiada gambar closed up untuk menu. Sebab tangan pegang Iman yang baru tidur.

Sebelum makan posing dulu bersama adik-adik dan anak buah. Iman ada di riba saya masa ni :)

Blur gambarnya...

Masa kami makan, orang dah mula beransur balik.

Kena tunggu lepas raya pula makan-makan macam ni. Bulan puasa memang susah nak makan di luar. Terkejar-kejar nak solat nanti. Salam Ramadhan Kareem. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah. Amin.

9 ulasan:

  1. salam ramadhan Ummi Iman....

    selalu juga datang makan kat sini...

    BalasPadam
  2. sy x pernah makan d klang sbb jauh dari umah ;)

    BalasPadam
  3. Makan ramai-ramai memang sedap Rose. Kiranya penutup makan ramai sebelum puasa dan jumpa lagi macam ini raya nantilah kan..

    Selamat menyambut puasa esok dari kakak.

    BalasPadam
  4. nampak best aje kat sini.. & selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    BalasPadam
  5. salam ramadhan UI..
    moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan..amin:)
    betul tu, lepas raya plak kot br ada aktiviti makan2 di luar lg...:)

    BalasPadam
  6. bestnya makan ramai2 sebelum berpuasa..

    mmg betullah, bila puasa nanti susah nk mkn luar...

    apapun, selamat berpuasa kak.. :)

    BalasPadam
  7. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke kadai saya..
    Andai ada yang kurang..saya mewakili warga kerja d mesra
    Memohon maaf atas segala kekurangan..

    BalasPadam
  8. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke kadai saya..
    Andai ada yang kurang..saya mewakili warga kerja d mesra
    Memohon maaf atas segala kekurangan..

    BalasPadam
  9. Sama2 :) tiada yg kurang.. cuma lauk je dah kurang. Byk dah habis ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...