بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 31 Julai 2013

Kecil-kecil dah pandai bawa kereta

Assalamualaikum

Lebih seronok ada teman meronda. Nayli nenek tolong control sebab belum ada lesen macam abang Iman.

Entri yang tersimpan dalam draft. Masa ni belum puasa lagi. Ini adalah antara aktiviti luar untuk mengajar Iman lebih berani dan berkeyakinan disamping membuatkan dia happy. Sebenarnya Iman masih ada malu-malu lagi walaupun dia sudah pandai mengawal sendiri kereta yang dia bawa.

Sebelum ni Iman tak berapa mahir lagi mengawal kereta berbanding motor. Sebab motor Iman dah biasa bawa di rumah. Motor Iman di rumah dah lama rosak. Bateri tak boleh nak charge. Sekarang Iman dah mahir bawa kereta, dan boleh mengelak pun jika nak berlanggar dengan orang lain masa memandu.

Sesekali bagi peluang main yang ada di pasaraya. Mujur Iman jenis yang tidak melekat bila dapat naik. Habis je masa, bangun lah dia. Biasanya bayar RM5 je untuk 10 minit. Dah ok. Janji dapat naik.

Masa ni ummi dia yang offer Iman naik lepas makan di Harbour Place. Luas tempatnya dan tak ramai orang. Kereta sebenar pun dah teringin nak bawa. Mujur kaki tak sampai ;)

Ummi cuma memerhati...

Saja selit gambar yang diambil masa di Jusco Bukit Tinggi ni. Duduk je atas kereta ni. Mesin untuk tukar coin ke chip dah rosak. Mujur Iman jenis tak kisah. Asal boleh duduk pun ok je :)


11 ulasan:

  1. Pernah bg faiqah naik kete menan nih..sekali melalak xnk trun.. Serik dh xnk offer dia apa2.menan pastu.. Huhu

    BalasPadam
  2. budak2 memang suke main keter macam nie kan dik ... zahrien pun sama .. kalau ke mall ada kereta atau tunggangan memang dia nak .. ;)

    BalasPadam
  3. dah besar iman.. dah pandai kawal kereta ye. mujur lah dia jenis yg faham kan. ada sesetengah budak tu siap hentak2 kaki nak naik lagi n lagi...

    BalasPadam
  4. hehehe budak2 benda mcm ni mmg seronoklah !

    BalasPadam
  5. best nyer kanak2 zaman skng kan he3

    BalasPadam
  6. control bawak balik umah terus pn boleh nie..
    hehe..

    BalasPadam
  7. betul tu UI anak2 kalau duduk ja pun dah ok walaupun tak bergoyang...

    BalasPadam
  8. Bagus macam Iman dah dapat main habis maa dah tak merengek tak puas. Ada budak jenis tak puas-puas Rose..

    BalasPadam
  9. Anak lelaki dan kereta sgt sinonim... bagus Iman, dah pandai handle kereta sendiri...

    BalasPadam
  10. bagus iman ni.klu budak lain maunya mitak tambah.hehe

    BalasPadam
  11. bukan selalu iman dapat naikkan..
    happy dia dapat ronda2 dalam mall tu. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...