بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 12 Julai 2013

Habatus Sauda untuk kesihatan menyeluruh

Assalamualaikum

Habatus Sauda bermadu beli di Az-Zain, Meru

Puas cuba macam-macam produk kesihatan. Tiba-tiba terbuka hati nak cuba habatus sauda. Setelah tengok-tengok produk yang ada, tertarik nak cuba yang ini. Harganya cuma RM12. Ada gambar ustaz Ismail Kamus di situ. Sebelum ni pernah juga makan yang jenis minyak. Tapi tak tahan sebab panas tekak. Yang ni rasanya biasa sahaja.

Hanya suku sudu teh dibancuh bersama satu cawan air suam. Sudah terasa keberkesanannya. Terutama dalam pembuangan angin dalam badan. Mak saya pun kata bagus. Terkentut dan sendawa selepas minum. Selain terasa kesannya ditempat yang bermasalah.

Saya nak cuba amalkan habatus sauda ni. Umum tahu bahawa habatus sauda mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Antara yang saya baca melalui pencarian google ialah masalah angin dalam perut, kolesterol, kencing manis, masalah peredaran darah (anemia, darah tinggi, darah rendah), menggalakkan pengeluaran susu ibu, masalah pernafasan (asma, batuk berkahak), mengelak terkena penyakit kanser dan merawat kanser, masalah buah pinggang, migrain, masalah dalaman wanita, masalah tulang / sendi (gout, arthritis), gangguan makhluk halus (testimoni orang yang mengamalkannya) dan sebagainya.

Selain dicampur dengan madu. Habatus sauda juga ada yang dicampur dengan minyak zaitun. Mungkin campuran kedua bahan ini lebih membantu.

"HABBATUSSAUDA INI ADA PENAWAR SEGALA PENYAKIT KECUALI AL-SAM (MAUT)" - hadis sahih bukhari & muslim 


Boleh cuba sendiri dan rasa keberkesanannya. Pemakanan sunnah itu lebih baik dan harganya mampu dibeli untuk diamalkan setiap masa. Inshaallah. Yang baik itu semuanya dari Allah dan Dia Maha Mengetahui.

PETIKAN DALAM KANUN PERUBATAN IBNU SINA (980-1037 MASEHI) : "Habbatus Sauda adalah bijirin yang sangat meransang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan dan sistem pernafasan.."

11 ulasan:

  1. saya amalkan minum yg ni la kak.. start dari thn lps lagi.. :-)

    BalasPadam
  2. Hubby akak pun amalkan habatus sauda..tapi yg biji..alhamdulillah if kena selsema ke mmg cpt sembuh..

    BalasPadam
  3. saya makan habatusauda.. tp x pernah lg minum jenis yg serbuk mcm ni ... tkt x boleh minum jer... bau dia tu, tp kalau utk kesihatan .. apa salahnyakan... mesti cuba... akak puas ni akak minum masa bila masa buka ker?? masa sahur...

    BalasPadam
  4. @Masya : yg ni takde bau. Puasa minum masa sahur dan buka. Kalau ikut cara yg betul minum sblm makan lebih berkesan.

    BalasPadam
  5. sy amalkan habatus sauda yg dlm bentik biji2 tu... campo dgn madu 1sudu, makan...

    BalasPadam
  6. nur amalkan yg dari produk HPA..
    berbentul softgel tu..
    lepas mkn mmg sedawa ...

    BalasPadam
  7. betul tu habatussauda ni penawar segala penyakit.dengan pengambilan konisten Insyaallah berkesan

    BalasPadam
  8. x pernah cuba lagi apa saja minuman yg membabitkan habbatus sauda..hhhmm..nampaknya lepas ni nak kena cuba la juga

    BalasPadam
  9. Sy da cuba beli n minum kopi ni sgt sedap..sy minum o or campur susu

    BalasPadam
  10. Sy da cuba beli n minum kopi ni sgt sedap..sy minum o or campur susu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...