بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 11 Julai 2013

Boikot kurma perlu ke?

Assalamualaikum

Pemilik Yusof Taiyoob berasal dari Pulau Pinang

Baru-baru ni terpengaruh juga dengan isu boikot kurma dari Iran yang kebanyakannya diedarkan oleh Yusof Taiyoob. Sibuk lah mencari kurma dari negara lain di merata tempat. Namun hampa. Bukan mudah. Namun ada jumpa juga kurma dari Tunisia keluaran Yusof Taiyoob juga.

Baru-baru ni ada terbaca dalam Facebook, pendapat dan pandangan dari saudara Suhaimi Md Saad. Ada benar juga kata-katanya. Kesian pada penjual kurma yang rata-ratanya Islam. Dalam pada kita nak boikot negara pengeluar kurma, kita juga dalam masa yang sama telah menyekat sumber rezeki umat islam itu sendiri.

Biasanya pembeli sudah pasti membuat tempahan awal bagi proses pembelian kurma. Jadi bila dah beli, kena juga jual. Dalam masa yang sama orang ramai sedang memboikot kurma. Kena juga fikir dari sudut lain. Banyak yang negatif atau banyak yang positif.

Kalau ikut isu boikot, rasanya banyak sangat produk lain yang turut sama boleh diboikot, jika dikira pada penyumbang kemusnahan umat Islam. Fikir-fikirkan. Wallahuaklam.

11 ulasan:

  1. brg Israeil mmg wajib boikot tp kalau Iran, itu hal dalaman depa... pendapat sy la...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ummi...betul tu banyak barangan Israel yg perlu diperhatikan...:)

    BalasPadam
  3. knp boikot kurma?? eh tak tau menahu pun...kenapa?? adakah sy tertinggal keretapi?

    BalasPadam
  4. Kakak ramadhan kali ini tak membeli Rose sebab kurma kakak balik umrah hari itu masih banyak lagi. Kismis, buah tin, apricot semua masih ada lagi. Kacang-gajus-pistacious aje yg dah habis..

    BalasPadam
  5. saya pun terfikir sama... pernah tgk dokumentari pasal yusuf taiyob sbg pengimport kurma yg berjaya... pelik juga bila tiba2 nak kena boikot Yusuf taiyob... kesian pun ada...

    BalasPadam
  6. sy x beli kurma pun thn ni .. opis bg bnyk sgt.. isu boikot ni pd sy terpulanglah.. tp kenapa nak boikot kurma .. biarpun negara iran yg kt import.. pd sy itu makanan yg baik .. biar pi lah maslaha kat iran tu kt sendiri tak tahu mana benarnya ...

    BalasPadam
  7. Setuju... Yang pasti nk membantu org islam berniaga

    BalasPadam
  8. Nur baru tahu ni....
    mmg betul kata akak, nak cari kurma jenama lain mmg susah..

    kalau ada pun, mesti ada benda lain dalam kurma tu, contoh tahun lepas, sedap2 nur kunyah kurma, sekali ada batu...selamatlah tak rongak gigi..huhuh

    BalasPadam
  9. isu memboikot ni terpulang la.pada sy mmg byk benda lain selain kurma perlu diberi perhatian klu nak boikot sgt..

    sy beli kurma yusuf taiyoob jugak.beliau ni islam apa

    BalasPadam
  10. Ini post lama, tp menjelang Ramadhan 2015 ni, duk tinjau2 lagi sekali ttg kurma. Isu Kurma keluaran Yusuf Tayub yg di boikot, hanya melibatkan produk kurma yg diimport daripada IRAN. 2 tahun lepas hangat isu Syiah di Iran yg kejam membunuh umat Islam di Syira. Sama teruk dgn Yahudi yg membantai org Islam!

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...