بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 28 Jun 2013

Waktu sedekah yang paling tinggi ganjaran

Assalamualaikum


Adakala terasa seperti orang yang datang meminta sedekah pada kita satu ujian dari Allah dan juga pahala yang Allah ingin berikan kepada kita. Di saat Allah murahkan rezeki, pasti ramai yang datang meminta. Bila fikir dari sudut negatif pasti kita rasa, mereka mengambil kesempatan. Tapi dari sudut keimanan kita pada Allah, mungkin rezeki yang Allah beri, buat mereka melalui kita. Tapi kena lihat juga sama ada yang meminta benar-benar dalam keadaan memerlukan.

Soal rezeki semuanya dengan ketentuan Allah. Bila melihat orang lain yang lebih sedikit pendapatannya tapi mampu hidup macam mereka yang berpendapatan lebih. Di situ timbul rasa keinsafan dari segi rezeki yang berkat dan tidak berkat. Walaupun lebih pendapatan, tetapi sentiasa tidak cukup.

Islam sentiasa menggalakkan umatnya bersedekah. Sehinggakan Allah suruh kita mengeluarkan zakat fitrah, harta dan sebagainya. Bila melihat suruhan Allah ini, tidakkah benar bahawa rezeki yang kita perolehi adalah buat orang lain tetapi melalui kita pada mereka yang memerlukan. Dalam masa yang sama kita beroleh ganjaran dengannya.

Di bawah ayat Al-Quran berkaitan sedekah.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah : ayat 264) [1]
“ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.(Surah An-Nisaa’ : ayat 114) [2]
“ Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah : ayat 60) [3

6 ulasan:

  1. betul, sedekah ni banyak manfaatnya..mulakan dgn memberi makan pada kelurga terdekat..dan seterusnya org2 yg memerlukan, insha Allah

    BalasPadam
  2. Sedekah dlm bentuk apa pun amat dituntut kan..
    semoga kita tak tergolong dlm kategori org2 yg kedekut dlm bersedekah..

    BalasPadam
  3. Sebenarnya peluang banyak didepan mata utk kita selalu bersedekah, bukan susah mana pun cuma perlukan sedikit celik hati..

    BalasPadam
  4. bila sedikit rezeki kita di sedekahkan Allah akan gandakanya...dengan pahala & rezeki yg melimpah...insyaallah

    BalasPadam
  5. Insya Allah, moga kita terus dimurahkan rezeki dan ringan tangan utk bersedekah :)

    BalasPadam
  6. betul sgt kak, jadi jgnlah kedekutkan lg2 nak raya ni masa ramadhan ni. kalau bersedakah dgn ahli keluarga lg berkat ....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...