بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 30 Jun 2013

Telekung lycra murah di Jakel

Assalamualaikum

Gambar guna camera C3. Berebut iPad dengan Iman ;)

Baru pertama kali masuk Jakel Seksyen 7, Shah Alam ni. Gara-gara nak pilih kain lycra buat baju dan jubah. Saudara saya ada kad diskaun. Dia memang ambil tempahan menjahit bajukurung, blouse, jubah dan seluar. Regular customer Jakel. Jadi kebetulan dia nak beli kain jadi saya tumpang pilih mana yang berkenan untuk buat baju. Kalau pergi rumah dia memang sentiasa tiada stok. Habis orang borong.

Dah lari dari tajuk ni.. ;) balik pada tajuk, lepas pilih kain. Semasa kak Nor nak bayar, ternampak telekung kain lycra yang tergantung dekat dengan cashier. Murah harganya berbanding yang dijual secara online. Kebetulan memang plan nak beli telekung jadi saya pun ambil lah satu. Ada banyak warna tapi saya pilih pink nak ke purple sikit.

Sempat ambil gambar ;) Suka sebab labuh. Main sarung je tu, tak tengok cermin :) tengok telekung sahaja ya..

Nak tahu ke berapa harga telekung Lycra ni? Ok. Saya bagitaulah ya... harganya RM99 tapi dapat diskaun lagi. Berapa? Yang tu kena pergi beli sendiri. Mungkin berbeza nanti harganya. Tapi memang banyak juga diskaunnya.

Ini pula jubah dan tudung yang di beli dari saudara saya tu (kak Nor). 

Seronok sebab sekarang dah mudah nak beli tudung dan baju. Suka tudung dan baju yang kak Nor jahit. Selesa pakai.

7 ulasan:

  1. cantik telekung tu, rm99 dapat diskaun lagi..?kira oklah tu...

    diskaun bape % kak..?
    hehehe

    BalasPadam
  2. cantik kak..murah lagi berbanding jual online kan?

    BalasPadam
  3. cantik siap ada warna lagi...biasa Yan tengok putih je he hee....

    BalasPadam
  4. sy suka tgk telekung lycra ni... mmg murah dr yg selalu sy tgk online...

    BalasPadam
  5. saya tak pernah masuk jakel shah alam tu lg kesian hihihihihi ...

    cantik telekung lycra tu.. kalau bnyk pilihan, blh belikan utk mak pulak sbb baru jer hubby belikan telekung ...

    BalasPadam
  6. lbuh telekungnya.nmpk cantik..dh senang la nak beli ye..jubah menyusu kawan akk tu ada buat tak?skang ni nak beli baju kemain ssh sejak dh ada anak kecik.hehe

    BalasPadam
  7. @puan kutu: maaf lah jubah menyusu dia tak buat

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...