بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 17 Jun 2013

Lampu berdiri murah Ikea

Assalamualaikum

Baru siap pasang semalam. Mentol takde rupanya ;) kenalah beli. 'Mangkuk lampu' yang warna putih tu plastik je. Jadi tak risau bila terjatuh anak tarik.

Ingat tak lagi ENTRI minggu lepas yang kami pergi cari lampu berdiri di Ikea? Inilah lampunya. Sama macam rumah mak. Bila mak kata murah je beli di Ikea RM69, terus pergi cari lampu ni. Mak letak dalam bilik. Tapi saya letak di ruangan meja makan ;) area yang kelam bila petang. Nak pasang lampu tiada wiring lampu kat sini. Nak buat leceh kena tebuk dinding. Kalau tak tebuk, AI tak suka nampak wayar yang menjalar di dinding. Tak kemas katanya.

Jadi saya tiba-tiba terfikir cari lampu berdiri. Tak perlu susah-susah fikir nak buat wiring. Sebenarnya kami tak buat plaster siling. Kalau buat tiada masalah kelam di area ni. Tak tahulah kalau AI tergerak hati nak buat lepas ni.

Untuk sementara boleh guna lampu ni dulu. Belum letak mentol lagi... kalau dah menyala baru tahu kesannya nanti. Banyak lagi pilihan tapi yang ni paling murah dan berkenan dihati ;)

8 ulasan:

  1. cantik..m3h dah lme berkenan..thn lps m3h pegi ikea..mase tu kalo tak silap harga di 49..

    BalasPadam
  2. wah.. mcm comei je.. simple kn.. mesti cntik letak di sudut bilik.. hmm

    BalasPadam
  3. @m3h: jd betullah harganya rm49. Sebab mak saya kata harga tu. Ingatkan dia silap sebut harga. Nampaknya dah naik harga ;)

    BalasPadam
  4. cantik tgk..ska jgk lmpu cmni..hehe

    BalasPadam
  5. mesti pekena meatball kalau ke ikea... ehhhh komen x kena topik ni he3

    BalasPadam
  6. Memang cantiklah Rose. Kalau letak di bilik pun cantik juga:)

    BalasPadam
  7. cantiklah, dan yg penting murah.. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...