بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 6 Jun 2013

Jalan di Ikea Damansara semalam

Assalamualaikum

Semalam lepas teman AI ke office. Saya ajak AI ke Ikea untuk beli lampu (stand) untuk diletakkan berhampiran meja makan. Murah sikit lampu di sini. Beli untuk diletakkan diruangan meja makan kerana gelap sedikit di situ sebab takde lampu. Sebelum tu, kami makan dulu di restoran Thai yang ada di situ. Tak sempat nak rakam tempat makan dan apa yang dimakan (konon lah untuk review).

Sempat melayan Iman dan beli barangan untuk dia. Set beg angry birds bersama pensel warna dan buku mewarna di Toys r us. Bila AI ada, macam-macam Iman dapat. Takpelah yang penting mereka berdua happy. Suka tengok saat kegembiraan mereka bersama. Bukan senang nak bersama. Lepas ni ditinggalkan lagi bila AI kembali bekerja.




Tengok Iman suka sangat masuk khemah kecil di rumah sepupu AI. Jadi AI belikan untuk Iman (di Ikea). RM59 harganya. Suka sangat dia. "ayah, jom lah tido sini". AI kata "ayah besar, tak muat" ;)

Maaf tak sempat singgah rumah rakan-rakan. Hanya sempat membuat catatan peribadi. Harap memahami.

6 ulasan:

  1. ikea..br perasan thn ni akak tak pi lgi.tggu ujung thn agaknye nnt.suka gak ke sana cuci2 mata n beli brg sikit2.

    BalasPadam
  2. tak pernah sampai pun kak... kesian kan..

    BalasPadam
  3. Seronok anak, seronoklah ibubapa. :)

    BalasPadam
  4. kita pun tumpang bahagia bila tgk ayah dan anak dapat luang masa bersama... dapat khemah baru yer Iman :)

    BalasPadam
  5. comel khemah tu... :)

    nanti tangkap la pic lampu tu, Nur nak tgk.. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...