بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 27 Jun 2013

Cermin mata transition cerah bertukar gelap

Assalamualaikum

Dengan transition cermin mata bertukar menjadi gelap bila terkena cahaya matahari

Nak cerita pengalaman menggunakan cermin mata transition. Cermin transition ni mahal juga kosnya. Saya buat hari tu untuk cermin sahaja harganya RM600 lebih. Itu termasuk rabun silau dengan kos yang paling murah. Belum termasuk frame. Transition ni cermin yang akan bertukar menjadi gelap bila terkena cahaya. Ianya nipis, ringan dan tak mudah bercalar.

Mata saya memang tak tahan kena panas. Bukan sebab silau sahaja tapi ada selaput yang timbul di bahagian mata putih. Ianya akan terus merebak jika terkena panas.

Buat mereka yang ada masalah macam saya, eloklah gunakan cermin transition ni. Dulu pernah tempah khas cermin mata hitam dengan power. Tapi yang ini lebih mudah. Tak perlu tukar cermin mata. Guna satu sahaja. Harga mahal jadi murah juga sebab tak perlu tempah cermin mata hitam lagi.

Alah membeli menang memakai :) Sangat puashati. Terutama ketika memandu dalam cuaca panas.

9 ulasan:

  1. huhu klu pns mmg xlh wtpa kn.mmg kna ada jgk lah crmin ni.sng skt.

    BalasPadam
  2. ui, um pun pakai jenis gini..sekrang tengah cube utk 'tanpanya' heheh..

    BalasPadam
  3. Baik utk kesihatan mata macam kita yg rabun juga Rose.

    BalasPadam
  4. Teringin nak buat spek camni leh tukar2 kaler ikut cuaca..tapi mahal jugak kan..kena la simpan duit dlu..

    BalasPadam
  5. assalam, masa panas memang berguna sgt spek ni..

    BalasPadam
  6. Alhmdlh baru wat last week menggantikan yg sediada yg da berusia 9tahun... kebetulan sy dpt murah, rm290 termasuk frame sbb sy pon silau amat

    BalasPadam
  7. yup mmg betul tu ! KA Pun guna yg ini

    BalasPadam
  8. ita pun guna yang ni jugak..rasa selesa sikit mata

    BalasPadam
  9. bijak2... skrg ni kene berjimat, lgpun satu senanglah nak pakaikan.. x pyh tukar2

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...