بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 11 Jun 2013

Buat jahat jangan sekali

Assalamualaikum

Pepatah ada menyebut buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kenapa agaknya ya.

Selalunya bila kita buat baik orang jarang nak ingat. Memang betul buat baik bukan untuk minta balasan. Tapi hati kecil tetap terasa jugakan. Untuk pujuk hati kena ingat yang Allah pasti bagi ganjaran kerana kita berbuat baik. Biarlah manusia tidak kenang tapi pahala dari Allah itu lebih penting.

Bagaimana pula kalau ada yang berbuat jahat. Perkara tersebut amat sukar untuk dilupakan walaupun kita sudah memaafkan. Yang jahat itu lebih terkesan dihati. Mungkin kerana hasutan iblis yang suka pada perpecahan sesama manusia.

Bila fikir sejahat mana pun manusia. Selagi hidup, pintu taubat masih terbuka. Allah tetap bagi peluang untuk betulkan segala kesilapan. Biarlah manusia sukar memaafkan tapi pintu taubat dan keinsafan sentiasa Allah buka buat mereka.

Yang penting bertaubat dan berubah ke arah kebaikan sebelum terlambat. Letak Allah di depan. Inshaallah kita pasti takut melakukan kejahatan dan kesilapan. Janganlah menghukum sesama manusia dengan berbuat jahat. Ingatlah segala yang berlaku adalah ujian dari Allah.

Buat yang baik-baik sahaja ya kalau sayang Allah.

7 ulasan:

  1. sbb tu wujudnya pepatah tu kot, sbb sekali kita buat jahat, org akan ingat sampai bila2...walaupun dah cover dengan jutaan kebaikan....

    BalasPadam
  2. BEtullah tu jangan buat jahat langsung pon..

    BalasPadam
  3. BEtullah tu jangan buat jahat langsung pon..

    BalasPadam
  4. salam..lama x dengar pepatah ni..baik untuk peringatan..:)

    BalasPadam
  5. betul tu...sekali kita buat jahat org akan ingat sampai bila2...dah tak ingat dh berjuta kebaikan yg pernah kita lakukan

    BalasPadam
  6. sbb tu ada pepatah buat baik berpada2,buat jahat jangan sekali..tp sepatutnya buat baik sentiasa la kan..:)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum ummi...betul tu sokong sgt...;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...