بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 12 Jun 2013

Bagusnya jika ada channel tv mengaji 24 jam

Assalamualaikum

Syarikat penyiaran biasanya menyiarkan program untuk mencari keuntungan semata-mata. Dah namanya bisnes. Jadi kenalah pandai tarik hati pengguna. Saya percaya rating tinggi biasanya untuk program hiburan. Bukanlah saya tak tengok program berbentuk hiburan. Tengok juga.

Dah lama juga saya terfikir. Alangkah bagusnya jika ada channel yang sentiasa membacakan ayat-ayat suci Al Quran. Sejuk je rumah dan penghuni. Lari semua iblis, syaitan dan jin kerana tiada ruang untuk mereka. Mudah buat pengguna yang memerlukan program TV macam ni :).

Kenapalah takde sesiapa yang sudi melabur. Alangkah besarnya pahala yang boleh diperolehi. Mana tau tinggi juga ratingnya nanti. Menurut AI di Iraq, program tv di sana sentiasa dipenuhi dengan mengaji (24 jam). Bila tinggal sorang dalam kontena (bilik), hati jadi tenang dengan mendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Ditambah pula dengan alunan suara mereka yang sangat merdu ketika mengaji. Hingga AI kata paling baik daripada yang pernah dia dengar sebelum ni.

Semoga ada yang terfikir untuk membuatnya.

Sekarang ambil peluang mendengar Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56 yang bersiaran di TV1 bermula pada 10 Jun dan akan berakhir pada 14 Jun 2013. Bermula 8.30 - 11.00 malam yang bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim, Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

Sekadar luahan dan pendapat saya sahaja.

10 ulasan:

  1. assalamualaikum ummi...best juga ni...;)

    BalasPadam
  2. Itulah Rose... kalau kita berada di tanah suci siaran tv banyak channel yg sentiasa live from Kaabah sejuk aje hati dan mata kita kan...

    BalasPadam
  3. agaknya di malaysia ni mereka lebih kejarkan keuntungan dunia berbanding keuntungan akhiratkan...

    BalasPadam
  4. Salam Sis,

    Betul tu setuju!

    BalasPadam
  5. sangat bagus cadangan ni..
    klu lah ada di Malaysia kan best..rumah akan sentiasa di perdengar dgn bacaan ayat suci Al-Quran..

    BalasPadam
  6. mmg bgus klu ada...tgh mlm pn klu nk dgr alunan al quran blh bkak kn..

    BalasPadam
  7. bagus kan kalau ada. Lagi satu, kalau lagu2 masa iklan dlm tv tu, lebih kepada lagu2 nasyid.. mcm dlu2..
    anak2 pn mudah ingat..

    BalasPadam
  8. Jemput join first time GA saya yer.

    http://syurgakasih.blogspot.com/2013/06/saya-buat-giveaway.html

    BalasPadam
  9. betul UI saya setuju, dulu selalu dengar kat radio johor je quran dan tafsir..ske program macam tu

    BalasPadam
  10. betul tu kak.

    ayah saya pon suka tgk tilawah .dari kecik lagi kami disuruh tgk siaran tv macm tu. tp kalau bab nyanyi2 comfrim ayah suruh ttp tibi

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...