بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 1 Jun 2013

Android tablet PC Iman

Assalamualaikum

Kotak tablet Iman. Made in Taiwan katanya.

Ni pula rupa Android tablet PC Iman yang sudah dipasangkan 2 cover sebagai ciri-ciri keselamatan. Warna asal hijau. Covernya purple.

Masih lagi berkisar hal semalam. Lepas dah repair iPad saya. AI belikan Iman tablet dalam gambar di atas pula supaya Iman tak kacau ummi punya 'mainan'. Beli di Pertama Kompleks juga. Harga asal RM188. Tambah memori kad 8GB dan cover purple bahagian luar tu, kosnya menjadi RM240. Saya letak harga supaya senang orang lain nak survey.

Tak tahulah apa yang di install dalam tablet Iman ni. Masih belum sempat nak tengok. Mula dapat, Iman sibuk main game angry bird sambil berjalan. Habis orang tengok. Biasalah baru-baru dapat. Lepas tu tetap nak ummi punya sebab Iman punya takde YouTube. Kecil-kecil dah pandai. Biasalah tengok YouTube tentang angry birds. Tak tahu nak cakap apa dah... memang minat sangat.

Berkesempatan nanti.. akan dikemas kini apa yang perlu dan tak perlu. Yang penting ilmu yang perlu dipelajari. Ni kira hadiah birthday Iman in advance :)

9 ulasan:

  1. Amboi...iman dah ada tablet ya.

    Tengah berkira2 nak belikan tablet untuk Auni juga hihi

    BalasPadam
  2. wah menarik harganya tuu...tapi nnt boleh masukkan youtube juga kan...

    BalasPadam
  3. @izan : sebab takde simcard ;) kalau ada boleh je :)

    BalasPadam
  4. nanti akak downlodkan youtube dekat tab iman tu.. :)

    boleh download.. :)

    BalasPadam
  5. bertuah anak2 zaman sekarang... tp kalau tak digalakkan nt dorang ketinggalan plak...

    kita buat yg terbaik utk mereka..

    BalasPadam
  6. bertuah iman dpt hadiah in advance..suka la dia kan..klu aiman ni maunya 24jam mengadap benda ni je

    BalasPadam
  7. murah jugak eh..eca ingt nak angkat satu :)

    BalasPadam
  8. murahnya .. berbaloi².. budak² mmg sukalah kalau dapat pc tablet ni..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...