بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 24 Jun 2013

Air Purifier / penapis udara laris kerana jerebu

Assalamualaikum

Honey well air purifier

Semalam udara di Pelabuhan Klang mula teruk tercemar kerana jerebu. Saya dan Iman tak sedap tekak dan selsema (masih ditahap minima lagi). Masa ni memang kena minum banyak air. Hari ni juga sekolah di Selangor mula ditutup. Beritahu AI, dia cadangkan beli Air Purifier (penapis udara) sebagai langkah keselamatan dan kesihatan.

Setelah 2 hari berkurung, semalam baru keluar kerana nak cari air purifier. Dua kedai Sengheng di Pandamaran dan Bukit Tinggi kehabisan stok. Katanya semalam ramai orang beli. Masing-masing risau dengan kualiti udara sekarang. Saya cuma tahu dan lihat brand, Sharp dan Panasonic.

Melalui google ada yang menyatakan penapis udara dengan ozon atau ion tidak bagus. AI cadangkan saya cari brand Honeywell. Melalui google juga mereka kata brand ini adalah yang terbaik. Masih lagi sedang buat research. Apa pun kena beli ikut budget ;)

Tak tahan dah dengan bau asap. Dada pun mula dah rasa sakit sikit-sikit. Malam tadi malam nisfu Sya'ban. Diharap ramai yang buat solat hajat dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa kita dan turunkan hujan. Amin. Semoga cepatlah berakhir masalah pencemaran udara ni.

Iman dah jadi zorro ;) kena cari mask. Dengar cerita mask pun habis stok.

6 ulasan:

  1. Rumah kakak tak ada air purifier ini Rose. Kalau ada dapat juga kurangkan keadaan kini kan..

    Kakak pun tak terfikir nak membeli buat masa ini.

    BalasPadam
  2. kat sini teruk juga jerebunya tapi ok lagi kot...kurangkan aktiviti luar rumah

    BalasPadam
  3. canggih benda ni.baru sy tahu kegunaannya.jakun sungguh.hehe..

    semoga jerebu segera pulih.area utara ni takde la teruk.tp risau dengar kt tmpt lain dh istihar darurat

    BalasPadam
  4. kat umah, mujur mmg ada menda ni... mmg seharian semalam, tutup pintu & tingkap + pasang air purifier ni...

    BalasPadam
  5. patut ke beli... tapi untuk kesihatan apa salahnya...

    BalasPadam
  6. berapa harga menda ni..?

    sini pun dah start jerebu,...mmg xselesalah...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...