بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 2 Jun 2013

3 way beg dari dealmates dah dapat

Assalamualaikum

Ingat lagi tak entri tentang barang yang di order melalui dealmates. Satu dah sampai (White Light), dan ini lagi satu yang saya ambil sendiri di pejabat pos hari Jumaat lepas. Ambil sendiri sebab pihak dealmates tak letak alamat lengkap. Mujur ada nombor telefon. Jadi staf pejabat pos yang baik hati telefon saya minta alamat penuh. Tapi saya volunteer nak ambil sendiri. Lagi pun tak jauh dari rumah.

Saya pula yang kena tegur sebab tak bagi alamat penuh. Sedangkan kesilapan di pihak satu lagi. Apa pun syukur ada juga barangnya dan selamat ada ditangan.

Kecil je. Ingatkan besar.

Lepas di buka dari sarung beg yang kecil tu. Inilah rupanya. Kelakar tak seperti yang dibayangkan. Nipis je begnya. Sebab tu boleh lipat kecil.

Lepas ni kena fikir banyak kali Shopping online. Saja cuba-cuba sebab nampak menarik. Tapi lebih mudah kalau Shopping tengok barang depan mata ;) apa pun bolehlah guna untuk santai-santai. Silap-silap letak baju Iman dalam ni ;)

White Light yang saya beli tu pun masih belum sempat nak guna lagi. Patutlah murah harga unuk 2 barang. Rupanya satu dah rosak. Cuma dapat extra ubat gigi je lah.

7 ulasan:

  1. dalam gambar mmg nampak menarik, dan kita imaginasikan kain dia tebal dan sebagainya..

    bila sampai baru tahukan..

    apapun, lega la barang dah sampai dgn baik.. :)

    BalasPadam
  2. tu yg malas nak beli online.... maaf lambat terjah kebusyan sgt2 skang ni

    BalasPadam
  3. sopin on9 ni jimat masa dan tenaga kan :)

    BalasPadam
  4. macam ni la risiko beli on9..sy selalu klu beg ke apa tnya dulu ukuran..

    BalasPadam
  5. risiko jugak yer.. beli tak nampak brg dpn mata ni.. lain yg diharap.. lain yg dapat ..

    akak nak tanya sikitlah.. akak letak iklan exabytes tu kat bwh.. mmg mohon untuk kat bwh ker?? atau bwh header??

    BalasPadam
  6. hurmmm alamat pun pihak mereka letak x lengkap kan .. tu dah nampak betapa x kenanyee ngan shoping online nie ..

    BalasPadam
  7. tak best la kalau ad yg rosak...tak report balik ke ckp barang yg diterima rosak?

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...