بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 14 Jun 2013

2 budak tak mandi di KLIA

Assalamualaikum


Pagi tadi pukul 8 pagi keluar rumah hantar AI ke KLIA setelah 2 minggu bercuti. Seronok Iman jumpa ayah. Semalam beritahu Iman AI dah nak balik esok. Terus buat muka terkejut dan cakap "taknak". Nak buat macamana tuntutan kerja.

Untuk mengelakkan Iman dari menangis, saya dan AI ambil Faris (anak adik) buat kawan Iman. Seronok lah Iman ada kawan. Pagi tadi masa nak keluar Iman masih tidur. Jadi tak sempatlah mandi. Masa sampai rumah adik. Faris pun masih tidur. Mama dia kata teman Iman pergi airport. Terus bangun keluar rumah ;) basuh muka pun kat paip depan rumah. Kelakar pula tengok.

Sebelum AI daftar masuk, sempatlah AI melayan anak-anak kecil ni atas trolly dengan baju tidur masing-masing (tak mandi). Seronok mereka. Macam di ramal Iman dapat kawal emosi sebab ada Faris. Jadi tiadalah adegan airmata. Mujur Faris sekolah petang.

Jumpa AI lepas 40 hari lagi... Semoga AI tabah dengan ujian kerja dan emosi. Amin.

5 ulasan:

  1. Klaau tak ada faris mesti iman dah nangis...:)

    comel je nur tgk diorg duk atas troli tu.. :)

    BalasPadam
  2. dapat bayangkan perasaan iman... ish..saya baca pun sebak ..huhu...siapa suka berpisah lama ngan ayah kan...sabar iman

    BalasPadam
  3. semoga ummi pun tabah.. saya pun pernah melalui perkara yg sama, kita kena betul2 kuat :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah.faris penyelamat situasi.

    lepas AI pergi apa reaksi iman?

    BalasPadam
  5. nasib iman ada kawan.kesian iman,lama lg baru dpt jumpa ayah

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...