بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 30 Mei 2013

Terkejut AI dah sampai KLIA

Assalamualaikum

Lepas maghrib tadi ajak adik (ogy) pergi pasar malam dekat rumah saya. Dalam kereta dari rumah adik, dapat call. AI kata dia dah balik. Balik mana? boleh pula saya tanya macam tu ;). Asyik buat saya terkejut je. Sebelum ni pun balik mengejut juga.

Bila tanya kenapa tak bagitau. AI kata dia pergi Abu Dhabi baru ni. Esok (Khamis) ada interview naik gred kat office KL. Tu yang AI ambil tiket balik dari Abu Dhabi.

Lepas hantar adik balik (sempatlah beli makanan kat pasar malam). Terus balik rumah. Sampai rumah, tengok teksi KLIA dah ada depan rumah. Cepat betul sampai. Mujur kebetulan, kalau tidak menunggu lah AI depan rumah dalam hujan renyai.

Bila Iman nampak AI, macam biasa terus nangis nak dukung. Mujur sekejap je. Lepas tu AI ajak keluar. Saja pusing-pusing atas kereta sambil-sambil cari barang, isi minyak dan beli makanan. Atas kereta Iman asyik tengok muka ayah je sambil gelak-gelak. Suka dapat jumpa ayah. Macam tak percaya agaknya.

Macam biasa nak berdukung dan tak boleh berenggang. Mana AI pergi semua nak ikut.

5 ulasan:

  1. Iman lepas rindu betul2 dekat ayah dia la tu...

    agaknya Iman pun terasa mcm mimpi je kan...

    BalasPadam
  2. terlalu rindu Iman kat ayah dia tu.hepi sangat dia smpai taknak berenggang

    BalasPadam
  3. aloor ciannn iman
    rindukan ayah yeeee

    ibu canner lakk ??
    dah lepas winduu dahhh ...
    ahakssssssssss

    BalasPadam
  4. anak ayah betul iman .. baru tanya bila suami akak blk .. panjang umurnya dah sampai semalam yer..

    BalasPadam
  5. seronok iman ayah buat suprised balik tak beritahu.dpt bygkan betapa hepynya iman..ye la ayah jauh.mesti la rindu sgt2

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...