بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 27 Mei 2013

Sesak jalan dari Melaka

Assalamualaikum

Banyak juga kereta dah malam-malam ni

Masih lagi dalam kereta. Mata mula mengantuk. Mujur jadi penumpang je ;) naik kereta adik (Ain). Hari ni kami pergi Melaka tanpa dirancang. Bukan jalan-jalan makan angin atau cari makan. Tapi cari saudara :) gerak dari rumah pukul 2 lebih. Lewat sebab ada orang betulkan paip dan pasang frame syiling yang dah kena makan anai-anai.

Mula plan pergi rumah Wan Induk (Puan). Tapi Wan takde pergi hospital ziarah keluarga. Jadi kami pergi rumah pakcik (adik arwah abah). Tak jauh rumahnya dari rumah Wan Induk. 2 jam juga sembang-sembang. Lepas tu kami cari pasaraya, nak beli baju anak adik. Takde baju dah nak pakai. Jalan-jalan jumpa Tesco dekat kawasan Cheng. Pertama kali sampai sini.

Dah beli baju, pergi rumah adik lelaki (bawah saya) pula. Isteri dia tengah tunggu hari nak melahirkan anak ke 6. Sampai-sampai penuh anak adik beratur depan pintu. Senyum je mak tengok. Berderet cucu menunggu katanya :) Setakat ni adik saya ni paling ramai zuriat.

Lepas 2 jam. Gerak balik. Jam pun dah pukul 10 lebih. Mula-mula masuk Highway ok lagi. Lepas tu.. merangkak..laju..merangkak..laju. Pukul berapa nak sampai tak tahulah. Anak-anak dah tidur. Mujur tak kerja. Driverlah kesian. Esok kerja...


7 ulasan:

  1. aduhhh memang seronok bila berjalan ramai2 .. riuh rendah rumah sedara , dah macam raya cuti2 sekolah nie

    tapi bila nak masuk balik bandar , jemlah paling x tahan , tahan lagi ada yg boleh drive mlm , kalau akk dah hubby , dia shja yg drive , akak silau mlm kuat .. jadi penumpang sebelah teman berborak2 je lah ;)

    BalasPadam
  2. memang ramai kata jalan sesak semalam..ramai g kenduri kawen agaknya...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...betul tu semalam mmg jammed teruk kay highway...:)

    BalasPadam
  4. kamipun lama daa tak g melaka

    BalasPadam
  5. ORG BLK CUTI KOT HARI WESAK NI RAMAI MENGADU JALAN JEM AHAD TU..

    BalasPadam
  6. Salam UI,
    Kalau ada rezeki datang la tampin, rumah mummy dekat je dengan melak tu sebenarnya..
    Hope to see you someday..Insyallah!

    BalasPadam
  7. @mummy : teringin juga nak jumpa mummy. Inshaallah.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...