بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 16 Mei 2013

Senyum dengar Iman bercakap dengan AI

Assalamualaikum

Gambar sekadar hiasan ;) kali ni Iman tak nangis dah.

Bila berjauhan telefon sebagai penghubung. Tapi AI dengan Iman masing-masing tak mahu bercakap di telefon. Bila tanya Iman. Nak cakap dengan ayah tak? Iman mesti jawab "taknak". AI pula memang tak call. Sebab bila dapat dengar suara masing-masing sedih. Terutama AI. Seminggu nak recover sebak teringat Iman.

Saya yang selalu buat mereka bercakap di telefon ;) Senang je... saya tanya Iman. Kalau dia kata taknak, saya takdelah sms AI suruh call. Tapi selagi dia tak cakap nak, selagi tu saya tanya ;) bila Iman kata "nak". Saya sms AI "kalau tak sibuk call, Iman nak cakap" :) sebenarnya ummi dia tumpang seronok dengar mereka bercakap. Lega je hati lepas tu ;)

Selalu bila mereka bercakap saya ada dekat Iman. Tapi baru ni saya pergi ke dapur nak buat susu. Rupanya bila saya takde, pandai pula Iman bersembang dengan AI. Senyum-senyum saya kat dapur dengar. AI tanya Iman makan apa hari ni.. bubur. Iman kat mana.. rumah. AI selalu tanya macamana bunyi motor ayah. Bila AI tak tanya, Iman pula buat. "ayah2... motor... brummm". Suka tengok dan dengar perkembangan komunikasi Iman. Semakin hari semakin bertambah. Dah nak masuk 3 tahun pun bulan 6 nanti. Iman memang lambat sikit bercakap berbanding anak-anak adik saya yang dah petah semasa sebaya Iman. Mungkin sebab mak mak mereka riuh orangnya ;)

Paling seronok dengar, habis je AI nak letak telefon, lepas bagi salam. Cepat-cepat Iman cakap "i love u". Tapi riak wajah tu jelas nampak yang Iman menahan sedih. Masa tu mata ummi dia pun berair. Nak tunggu letak telefon tu lama juga, selagi Iman tak puas dengar suara ayah dia.

5 ulasan:

  1. kenapa tak ikut jer AI sekali...ker memang tak leh ikut?

    BalasPadam
  2. Alahai, kesian Iman... tapi EQ dia dah makin berkembang, dah pandai kawal perasaan, good for him :)
    Anak2 saya pun jenis lambat cakap, tapi tak pernah berhenti bercakap even dalam bahasa jerman.... ekkekke

    BalasPadam
  3. Ceqgu: mmg tak boleh ikut. AI kerja di site office.

    BalasPadam
  4. ala..sebak lak rasa,..kita rindu pun rasa sebal,..inikan anak kecik..kan... mg suami kak ros dapat stay terus kat cni,..cian iman

    BalasPadam
  5. kalau ibu ada sebelah iman malu nak cakap...hihih

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...