بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 8 Mei 2013

Selamat bersara Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum

Menteri Besar Kelantan 1990 - 2013

Secara jujur saya mula mengenali Tok Guru bila berkahwin dengan AI. Banyak kaset ceramah agama dan buku agama beliau AI beli. Dari situ saya mula mengenali beliau dari jauh. Saya ada juga mendengar ceramah beliau secara langsung. Setiap ceramahnya tak lari dari titisan airmata. Ternyata percakapannya berbeza seperti apa yang dinyatakan orang lain. Adakala orang tak faham apa yang cuba disampaikan olehnya, hingga menyebabkan salah faham.

Berkhidmat dengan jujur untuk rakyat disamping sentiasa menyampaikan ilmu membuatkan rakyatnya menghormati beliau. Cara hidup yang tidak mengamalkan istilah protokol juga membuatkan rakyatnya dekat dengan beliau.

Saya pernah pergi melihat rumahnya di Pulau Melaka pada tahun 2001. Rumah papan hijau separa batu yang terletak tepi sungai / tali air. Di depannya ada sekolah pondok. Masa tu saya cukup terharu kerana beliau cukup bersederhana dalam kehidupannya walaupun bergelar Menteri Besar.

Selamat bersara dari saya. Sedih juga tetapi inilah dinamakan proses kehidupan. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan Tuan Guru.

BIODATA TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir
1931

Tempat Lahir
Pulau Melaka, Kelantan

Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi
10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 - Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 22 Tahun.

Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.

Sumber biodata dari Blog Tok Guru.

12 ulasan:

  1. sy pun kagum dgn Tuan Guru Dato Nik Aziz ni. Air muka dia tenang je bila menjwb apa2 isu pun. Susah nak cari pengganti dia..Mudah-mudahan Allah sentasa melindungi dia...Aminn...

    BalasPadam
  2. semoga generasi kini mencontohi keperibadian & kepimpinan beliau.

    BalasPadam
  3. selamat bersara Tok Guru...=)

    BalasPadam
  4. Terima kasih Tok Guru..diatas segala jasa mentadbir negeri Kelantanku..:)

    BalasPadam
  5. masih terasa sedih di atas perletakkan jawatan sbg MB

    BalasPadam
  6. sedih dgn perletakan jawatannya
    mgkin dah sampai masanya utk istirehat
    semoga allah panjnagkan umurnyaaa

    akk ada simpan pic dia diframekan di rumah .. pic yg dia berdoa sambil nangis ! .. huhuhu

    semoga mendapat berkat dgn menyimpan gambar seorang alim ulamak yg disegani ini .. aminnn

    BalasPadam
  7. Sedih bila dapat tahu tuan guru melepas kan jawatan sebagai Menteri Besar.. secara peribadi sy juga amat kagum dgn beliau..MB yg penuh dgn kesederhanaan..Ulama yg disegani..
    moga Allah memanjangkan usia TGNA..

    BalasPadam
  8. Walau dia bersara namun nasihat beliau pasti masih diguna-pakai lagi. Siapa yg tak hormat padanya. Difitnah/cai/keji namun nada suaranya tetap sopan dan dibalas dgn senyuman. Tak ada jerit-jerkah darinya.

    Sedih kakak dia bersara tapi apakan daya usia beliau pun telah lanjut. Moga Allah bagi kesihatan terbaik buatnya..

    BalasPadam
  9. Lamakan TGNA pegang kelantan,
    jadi tipulah kawalau kata tak sedih..
    mmg terasa kehilangan

    BalasPadam
  10. Disebalik senyumannya ada duka yg kita tidak tahu,
    disebalik waraknya ada sejuta ujian sering mendatang,
    disebalik raut tuanya ada semangat juang yg tinggi,
    disebalik kelembutan wajahnya ada jiwa yg kental seteguh besi,
    disebalik kesederhanaannya ada kekayaan yg tidak terhitung...
    dia mungkin tidak kaya harta, namun...
    dia kaya ilmu, kaya budi pekerti, kaya akhlak terpuji jua kaya rendah diri
    itulah TGNA yang cikgu kenali ....

    BalasPadam
  11. baru tahu tgna boleh berbahasa tamil...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...