بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 5 Mei 2013

Saya sudah mengundi... Alhamdulillah

Assalamualaikum

Selesai menunaikan tanggungjawab tenghari tadi. Alhamdulillah semuanya lancar. Cuma giliran saya panjang sikit beratur berbanding mak.

Sedang menuju ke tempat mengundi. Tempat saya ada dua lokasi. Satu sekolah Cina, satu lagi sekolah Agama. Saya mengundi di sekolah Agama.

Sampai-sampai terkejut tengok barisan yang banyak. Panjang pula tu. Rupanya mereka nak tahu saluran mana untuk mengundi. Saya check online. Lega dapat tahu saluran mana. Sebelum ni check tak ada lagi saluran. Tunggu mak undi dulu. Mak saya saluran untuk warga emas. Saluran ni ada beza-beza ya. Saluran saya ramai orang baru.

Kini giliran saya beratur untuk mengundi. Saluran 5. Nombor yang sentiasa ada kena mengena dalam hidup. Iman duduk dengan nenek di kantin. Masa ni cuaca dah mula panas. Berpeluh-peluh dibuatnya. Ramai juga nampak kawan sekolah rendah dulu. Ada yang tegur. Ada yang tak cam tu tak tegurlah.. ada juga yang malu nak tegur ;)

UNDI macam tak rahsia je. Sebab ada No. Siri.
Pakai baju purple, supaya takde orang teka-teki undi siapa :)

Bila pertama kali mengundi baru terasa betapa besarnya tanggungjawab sebagai rakyat. Tak mengundi seolah kita mengharapkan orang lain menentukan hak kita. Bila dah tunaikan hak tapi orang yang dipilih tidak menang tak terasa duka dihati tu ;)

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah...
    Nur pun sudah... :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, dah selesai :)

    BalasPadam
  3. sy pun dah selamat.. pg ptg x ramai org... hihihi... pg jemputan kawin dulu....

    BalasPadam
  4. saya pun pakai baju warna purple.. ada jgk nmpk kawan sekolah rendah dlu, tp segan nk tegur hehe..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...