بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 29 Mei 2013

Reaksi Iman minum Dugro

Assalamualaikum

Semalam pertama kali saya cuba bagi Iman minum susu Dugro kurma madu. Masa nak bancuh, dia nampak pula saya ambil pek Dugro tu. Apa lagi, bising Iman. "mi tak nak tu, nak ni" (tunjuk susu Lactogen). Saya tetap buat susu Dugro. Merengek-rengek Iman. Lepas buat, mula taknak minum. Saya cakap sedap, cuba rasa.

Mula rasa Iman buat muka tak sedap. Saya suruh juga minum. Dia minum separuh. Sambil buat suara mengeluh. Lepas tu buat gaya nak muntah (berlakon je tu). Saya tanya kenapa tak habiskan. "taknak.. manis". Pandailah nak tipu. Susu tu tak manis pun. Lastnya ummi dia minum. Tapi tinggalkan sikit. Tak lama lepas tu Iman minta susu lagi. Saya suruh habiskan yang tinggal sikit tadi. Minum pula dia.

Hari ni saya tak buat pun susu Dugro. Bagi susu lama je. Kesian tengok minum separuh-separuh. Dah lah kurang makan. Nampaknya Lactogen tetap jadi pilihan Iman. Cepat sangat ummi dia give up ;).

9 ulasan:

  1. cuba selang seli bagi dia minum. Mana tahu, nanti terbuka seleranya pada Dugro tu. :)

    BalasPadam
  2. aimy pun baru tukar susu dugro. sbb baby sitter dia kata aimy xnk minum susu. bila da tukar, sama jgk, dia kurang minum susu masa dkt rumah baby sitter. tapi kalau dkt rumah sendiri, abis je dia minum.

    BalasPadam
  3. biasalah bila kesiankan anak. macam tu jugak saya ni... huhu

    BalasPadam
  4. itulah naluri ibu ..
    mudah give up bila melibatkan anak2 nie .. hurmmm ;)

    BalasPadam
  5. Salam UI,
    Kenapa perlu tukar susu Iman daripada Lactogen kepada Dugro?
    Sorry kalau mummy tertinggal maklumat pasal cerita susu Iman ni..
    Semoga Iman dapat yang terbaik daripada Ibunya.. :)

    BalasPadam
  6. betul tu....kenapa nak tukar pula...

    BalasPadam
  7. @mummy @yan's : saja nak tukar sebab nak bagi yang lebih baik.

    BalasPadam
  8. kalau gimikkan kotak agak2 iman tahu tak..?

    Maksud Nur, letak susu dugro dalam bekas lactogen...

    hehehe

    BalasPadam
  9. saya pun cdg nak tukar susu ni lah .. tgklah mcm mana nnt... habiskan stok yg ada dulu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...