بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 20 Mei 2013

Pasar borong NSK Sentosa besar, segar dan murah

Assalamualaikum


Malam tadi ikut adik pergi pasaraya borong NSK yang terletak di Sentosa, Klang. Pertama kali pergi sini. Sebelum ni ada juga dengar orang sebut-sebut tentang NSK ni. Besar juga pasaraya ni. Di sini sesuai untuk orang ramai beli secara borong dan harganya lebih murah. Ada ruangan khas untuk barang borong. Ada ditawarkan kad keahlian bernilai RM10 untuk setahun. Setelah siasat ;) kad ini bukan kad rebate tapi kad diskaun. Jadi harga akan menjadi lebih murah. Saya tak buat pun semalam sebab tak tahu. Kalau tak mesti murah lagi :) pasaraya ni lebih kepada barangan makanan (mentah dan sebagainya) dan minuman.

Lepas survey memang di sini harganya lebih murah dari pasaraya lain. Ada yang kurang sen2 dan ada juga ringgit. Seronok tengok barang basah yang nampak segar berbanding tempat lain. Harga Pet Pet di sini cuma RM 31.90. Saya beli sayur, ayam telur dan sekotak aiskrim Magnum (3 batang, saiz besar) yang berharga RM 9.99 (murah ke?, tak tahu pula harga tempat lain).

Mula ingat nak ambil juga gambar dalam pasaraya ni, tapi kurang rajin pula. Sebab seronok tengok-tengok barang. Ditambah pula dengan ramai orang. Oh ya, pasaraya ni tutup pukul 12 malam. Banyak masa nak shopping.

3 ulasan:

  1. Bila dah tahu harga murah tu bolehlah pergi selalu Rose. Tempat kakak tak ada pasaraya ini.

    BalasPadam
  2. pernah pg, pernah jugak bua entry .. tp tu lah.. tak menghala sana.. sudahnya kad pun dah tamat tempoh.. kita org belanja kat segi dpn rumah jerlah hhihihihihi

    BalasPadam
  3. hahha..semalam saya g situ juga,...tak jumpa pun...semalam ramai sangat orang kan..... saya dok area situ jer..mmg sll g situlah kekadang g pukul 11 malam..hihiih..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...