بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 2 Mei 2013

Naik kereta kuda di Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum

Senget sebab ada orang depan ni ;)
Harga tiket : RM1.00 (dewasa) 50 sen (kanak-kanak)
Murah sangat kan? Boleh pusing banyak kali kalau suka. Nak naik atas kuda pun boleh. Rasanya tambah lagi 50 sen dari harga di atas.

Semalam saya ajak adik (Ogy) pergi KL. Destinasi nak di tuju Tasik Perdana nak tengok rusa (tutup, under construction) dan lain-lain tempat yang boleh bawa Iman bermain. Tiba-tiba rasa macam tak sesuai pula lagi pun jauh-jauh antara satu sama lain. Akhirnya, saya menuju ke Tasik Titiwangsa. Sampai Titiwangsa, tempat pertama di tuju ialah kawasan rekreasi berkuda. Saja bagi Iman merasa naik kereta kuda.

Ramai juga orang semalam maklumlah, cuti hari pekerja. Mujur masa kami tiba tidaklah lama menunggu, sebab barisan tak panjang sangat, berbanding selepas tu. Sambil tu Iman dengan anak adik teruja tengok kuda putih dalam kandang yang ada berdekatan.

Mujur ada 3 kereta kuda. Cepat sikit.

Atas kereta kuda. Sila abaikan muka yang nampak tak berapa ceria tu ya ;) Iman teruja masa ni. Buat pertama kali, macam biasa duduk diam dan senyum-senyum je. Macam tak percaya naik kereta kuda ;)

Cuba teka mereka teruja tengok apa...

Mereka teruja tengok kuda putih ni lah.. Tiba-tiba datang dekat pagar.

Adik saya bersama anak-anaknya. 2 hero duduk depan.

Gaya macam-macam Iman ;)

Seronok sangat dapat tengok kuda ;)

12 ulasan:

  1. Semalam kedai makan dan restoran yang kakcik pergi semuanya 'fullhouse'. Bila cuti, agaknya semua orang tak mahu buat kerja rumah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masing2 nak reward untuk diri kakcik :)

      Padam
  2. As salam Kak Ruse,

    Kebetulan! Iman pun tgk kuda harini :) ... Kami pergi zoo...tp kalini tak berpeluang nak naik kereta kuda sb takde... lagipun ramai sgt org sb public holiday kan... cram!

    BalasPadam
  3. teruja betul iman yer... dah nampak matang muka iman, hensem... saya tak pernah sampai pun tasik ni kak ntah hubby tahu ke dak jln kesana tu... bestnya kalau dapat naik kuda mcm ni... tambang pun murah...

    BalasPadam
  4. wahhhh best best.sy pn xpernah naik lg.agaknyer kalau naik pun teruja gak kottt... :)

    BalasPadam
  5. bestnyaaaaa anak2 lah paling suke ;)

    BalasPadam
  6. seronoknya iman dapat naik kereta kuda.. hehe.
    murah la tiket nya.. blh la ajak ayah aimy g sini :)

    BalasPadam
  7. murah betul....awat dengan muka masyam tu...rindu kat cik abe kot? hehe

    BalasPadam
  8. murahnya harga tiket...tak pernah lagi ke sana

    BalasPadam
  9. murahnya....
    seronoknya iman dapat naik kereta kuda.. :)

    BalasPadam
  10. Bestnyer naik kereta kuda :D

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...