بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 25 Mei 2013

Makan kenduri jiran sebelah

Assalamualaikum

Hari ni jiran sebelah buat kenduri arwah. Berkali-kali mengajak. Jadi kenalah duduk rumah je. Tapi tak tolong pun. Dah bagitau makcik tu. Dia kata takpe. Faham-fahamlah ada budak manja ni. Mana boleh tinggal.

Untuk mengelakkan perasan malu tu, ajak member sekolah (jiran) datang sekali. Kenal jiran dekat-dekat je. Ni baru pertama kali masuk rumah makcik tu ;) AI dah pernah sebelum ni. Masa tu Iman tidur, jadi duduk rumah je teman Iman.

Sempat lagi ambil gambar, sebelum pergi. Tudung ni hadiah dari mak. Segan nak pakai ;) nampak bergaya sangat ;) Iman macam-macam muka dibuatnya nak suruh ambil gambar. Bila tak elok "mi.. taknak ni" tau pun.


gaya Iman bila ummi nak ambil gambar. Tak mau pakai kopiah. Bila tak dipraktikkan, macam ni lah jadinya.

2 ulasan:

  1. Canti kak rose... kenduri jiran sebelah segan nak pi apatah lagi jarang bertegur sapa... tiba2 datang nak ngap ja.. hehehe kan

    BalasPadam
  2. hihihi.. iman makin putih dah besar ni yer... eh² tetiba komen x kene mengena..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...