بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 28 Mei 2013

Lactogen 4 vs Dumex Dugro kurma madu

Assalamualaikum



Baru-baru ni saya beli Lactogen 4 untuk Iman. Setelah puas minum Lactogen 1, 2 dan 3. Seperti yang pernah diceritakan. Iman suka jenama susu ni dari susu lain. Mula-mula minum Lactogen 4 ni, dia tak mahu juga (walaupun kosong tapi macam ada campuran vanila). Iman siap ambil bekas susu (Lactogen 3) dan suruh buat. Saya kata dah habis. Kalau tak minum nanti lapar. Akhirnya, boleh juga dia minum.


Masa pergi Tesco Melaka baru ni, Iman merasa susu Dumex Dugro yang diberi secara percuma di situ. Bercawan-cawan minta. Hairan juga saya.. jadi saya beli pek kecil satu untuk percubaan di rumah. Bila tengok ada campuran kurma dan madu. Rasa tertarik juga. Semua tahu khasiatnya kan? Setakat ni belum bagi lagi susu ni.

Adakah Iman akan bertukar susu selepas ni.. kenalah tunggu keputusan yang dibuat Iman ;) sebab dia yang minum dan rasa. Kena ikut selera dia. Sebelum ni kalau tanya, nak tukar susu tak? Mesti Iman jawab "taknak".


UI: Gambar ihsan google ;)

6 ulasan:

  1. Salam Sis..

    Harapnya dia suka minum susu ni

    BalasPadam
  2. Kalau boleh tukar lagi bagus sebab umur dah lebih kena tukar juga..

    BalasPadam
  3. SY PUN MUNGKIN NAK TUKAR SUSU .. AMIR MCM DAH JEMU DGN DUTCH LADY... DUGRO KURMA DGN MADU TU KALAU SEDAPP DAN BGS.. APA SALAHNYA KAN...

    BalasPadam
  4. pada sy susu ni lebih kurang je khasiatnya kan apa brand pun.yg paling penting iman suka..

    BalasPadam
  5. mmg menariklah bila ada campurankan.. :)

    BalasPadam
  6. SAlam UI,
    Oh, sorry, komen kat atas, baru baca cerita di bawah..
    Hmmm, Patut la nak tukar susu..
    Mummy dulu pun pernah nak tukar susu Cheche ngan Meimei daripada Pediasure kepada Enfagrow.. Tapi kids tak nak dan mummy terpaksa bagi enfagrow tu pada kakak ipar.. Sudahnya sekarang mereka masih lagi melekat pada pediasure.. tiga beradik tu hisap susu yang sama.. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...