بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 3 Mei 2013

Khasiat dan kepentingan buah

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi khasiat dan kepentingan BUAH. Biasa kita makan tapi kita tak tahu khasiatnya. Mana yang dirasakan perlu untuk badan, bolehlah diamalkan. Namun jangan berlebih-lebihan.

Oren 
Vitamin C, B6, potassium, magnesium, zat besi. Membina tulang dan gigi yang kuat, menstabilkan tekanan darah, memelihara kesihatan jantung, membantu proses pencernaan.

Pisang 
Potassium, magnesium, fosforus, Vitamin B1, B2, B6 & C. Membekalkan tenaga segera, membantu menurunkan tekanan darah tinggi, merendahkan kolesterol, merawat cirit-birit, membantu menjadi lebih tenang.

Nenas 
Vitamin A, B1, C, bromelain, asid sitrik, potassium. Menurunkan berat badan kerana nenas menyebabkan rasa kenyang dalam tempoh masa lama, meningkatkan kesihatan mata, meningkatkan imun tubuh.

Tembikai 
Zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C, asid folik, zink. Meningkatkan kesihatan mata, kurang risiko batu karang, meredakan symptom arthritis, mengurangkan risiko kanser kolon dan serangan jantung.

Jambu 
Vitamin C. Mengurangkan cirit-birit, mengurangkan paras kolesterol, mencantikkan kulit.

Tembikai susu 
Vitamin A, B6, C, potassium dan zink. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser, melembapkan kulit, meningkatkan imun badan.

Betik 
Vitamin A, C, K, zat besi, tiamin dan niasin. Membantu proses perkumuhan, mengurangkan kanser, sakit jantung dan strok.

Mangga 
Zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, vitamin A dan C. Mengelakkan buasir, asma, radang kulit, cirit-birit, gangguan menstruasi, gusi berdarah.

Belimbing 
Vitamin C, A, E, K zat besi, serat, gula, potassium, kuprum, kalsium, sodium, selenium. Membantu proses penurunan berat badan.

Durian 
Karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, C, niasin, tiamin, asid folik, kalsium, zat besi, magnesium, potassium, sodium, kuprum. Makanan tambahan untuk rawatan kepada kanak-kanak berat badan, meningkatkan fungsi perkumuhan, mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah, membantu meningkatkan kualiti tidur.

Epal 
Serat, vitamin A, C, B kompleks. Melambatkan penuaan, menghalang sel kanser berkembang, melancarkan saluran darah, melembapkan kulit yang kering.

Cempedak 
Vitamin A, C, B1, kalsium, zat besi. Mengurangkan risiko strok, menyihatkan mata, mencegah tumor 

Rambutan
Lemak, protein, nitrogen, kalsium,zat besi, manganese, sodium, fosforus, vitamin A, C. Menurunkan kadar gula dalam darah, boleh mengubati uban di kepala dan ulser.

Manggis 
Tannin, resin, asid malik. Membantu memulihkan sistem imunisasi badan, mencegah sakit urat saraf, mencegah kanser, awet muda, membuang toksid dalam badan, mencegah kulat, mencantikkan kulit, membuang kolesterol dalam badan, kuruskan badan, cegah batu karang, kurangkan gula dalam darah dan untuk kesihatan jantung.

Buah naga
Vitamin C, B2, B1, B3, karotin, protein, kalsium, fosforus, air dan fiber. Membuka selera makan, mempercepatkan proses metabolisma karbohidrat, kulit kelihatan licin dan lembab, membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah tinggi, baik bagi penghidap asma dan batuk dan membantu sistem perkumuhan.

Kiwi
Vitamin C, potassium, beta karotina, vitamin A, E, serat. Mencegah asma, mencegah nafas berbunyi dan batuk terutama di kalangan kanak-kanak, melindungi dari mutasi DNA, bersifat anti oksidan dan membantu mencegah kanser kolon. 

Anggur
Vitamin C, A, B1, B2. Mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan paras kolesterol, mengatasi masalah sembelit, buah pinggang yang sihat, mengelakkan kanser payu dara, mengelakkan Alzheimer, mencegah jangkitan pelbagai penyakit dan mengurangkan risiko kanser.

6 ulasan:

  1. as-salam.byk kan khasiatnya.
    alhamdulillah hari2 makan buah :)

    BalasPadam
  2. Selalu makan buah... tapi biasanya betik!

    BalasPadam
  3. semua buah2 tu saya suka... baru tahu yg kiwi tu boleh cegah asthma :)

    BalasPadam
  4. tu diaa...siapa kata tembikai xde khasiat kan..
    lagipun rasulullah pun kata tembikai kata ada kebaikkannya.
    Nur suka tembikai...

    BalasPadam
  5. sedapnye buah2an...thanks untuk info menarik nie ye..:)

    BalasPadam
  6. NASIB BAIKLAH MMG SUKA MAKAN BUAH.. HIHIHIHIHI

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...