بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 6 Mei 2013

Keputusan penuh pilihanraya umum (PRU13)

Assalamualaikum

Setelah singgah di blog Bayt Al-Iman, dapat tahu keputusan PRU13 boleh diketahui melalui laman sesawang http://resultpru13.spr.gov.my/. Untuk mengetahui keputusan kerusi DUN bolehlah ke laman tersebut. Di sini saya cuma masukkan keputusan kerusi Parlimen.

Agak lama menunggu keputusan di skrin tv malam tadi. Lebih laju pula keputusannya di internet. Namun keputusan di internet dan tv ada yang tidak sama. Tahniah buat Barisan Nasional kerana berjaya bertahan sebagai kerajaan pusat. Diharapkan mereka dapat memikul tanggungjawab dengan tulus, amanah dan penuh kasih sayang terhadap rakyat yang mengharapkan mereka.

Tahniah juga buat Negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang  di bawah PR, kerana telah dipilih sekali lagi untuk memerintah selama 5 tahun. Pasti ada sebab yang kukuh kenapa rakyat mahu mereka terus memerintah.

Apa pun keputusan redha menerima. Diharapkan mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab dapat melaksanakannya sebaik mungkin. Pastikan yang terbaik untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi.

Sebagai rakyat saya hanya mahu hasil yang diterima dalam negara digunakan sebaik mungkin untuk RAKYAT seperti perumahan rakyat miskin dan sederhana, biasiswa pendidikan (golongan yang layak), tangga gaji minima yang setaraf keperluan sekarang, kawalan harga segala produk (kereta, barang runcit, petrol), hospital dan klinik kerajaan yang dinaik taraf, tol yang sepatutnya dihapuskan (setelah mengaut modal) dan tidak perlu menaikkan harga tol, tingkatkan ekonomi negara dalam bidang pengeluaran (pertanian dan perkilangan).

STATISTIK KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN YANG DIMENANGI

NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPJUMLAH
CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB
PERLIS
333
KEDAH
15101415
KELANTAN
145914
TERENGGANU
8448
PULAU PINANG
1333713
PERAK
241223724
PAHANG
141012114
SELANGOR
22549422
W.P. KUALA LUMPUR
1124511
W.P. PUTRAJAYA
111
NEGERI SEMBILAN
85128
MELAKA
64116
JOHOR
26211426
W.P. LABUAN
111
SABAH
25221225
SARAWAK
31251531
JUMLAH222133213038222
CLN- Calon Yang Menang
MTB- Menang tanpa bertanding


Tahniah kepada rakyat yang telah menjalankan kewajipan yang sepatutnya. Sebagai rakyat kita berhak memilih apa yang terbaik untuk kita. Persaingan adakalanya perlu bagi menyedarkan kelemahan dan kekuatan masing-masing.

10 ulasan:

  1. Lihatlah bagaimana berhemahnya TGNA berkempen. Tak ada jerit-jerit, org fitnah ke apa dia cool aje. Itulah Allah beri kemenangan pada Kelantan. Salute habis kakak dgn dultan, pemimpin dan rakyat Kelantan dari dulu hingga kini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Kelantan tahu apa yang terbaik untuk mereka..

      Padam
    2. Kembang semangkuk orang kelantan bila baca komen ni :)
      Tapi pada pemerhatian saya, memang boleh nampak perbezaan yang PAS bawa pada kelantan selama 22 tahun memerintah. Walaupun pelbagai sekatan yang dikenakan oleh kerajaan pusat.
      Saya masih ingat masa mula2 PAS memerintah kelantan. Terdengar desas desus yang Kelantan akan bankrap akibat terlalu banyak hutang kerajaan negeri. Alhamdulillah, TGNA berjaya mengendalikan pentadbiran negeri Kelantan dengan baik sehingga pentadbirannya telah sebati dengan jiwa rakyat Kelantan.

      Padam
  2. Salah eja Rose - bukan dultan tapi SULTAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kak, saya tahu yg tu Sultan ;)

      Padam
  3. Tahniah BN kerana menang.tahniah juga kpd PR

    BalasPadam
  4. betul tu.. smga mereka menjalankan tanggungjawab dgn amanah & adil. mengutamakan rakyat, bkn utk kepentingan diri sendiri..

    BalasPadam
  5. Betul tu Ummi Iman..siapa pun yg diberi amanah oleh rakyat diharap dpt memikul t.jawab sebaik mugkin.. jgn hanya pandai menabur janji2 kosong..
    moga Malaysia terus maju dlm semua bidang..;)

    BalasPadam
  6. memang lambat betul keputusan semalam.... saya kat sini dah dekat pukul 9 malam (M'sia hampir pukul 4 pagi), belum dapat keputusan penuh....
    harapnya kerajaan semakin sedar dgn tanggungjawabnya :)

    BalasPadam
  7. Tahniah kepada kita semua kerana sudah berjaya menjalankan tanggungjawab kita....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...