بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 3 Mei 2013

Kepentingan dan khasiat sayur part 2

Assalamualaikum

Sambungan dari Part 1...

Pegaga
Zat besi, vitamin A dan C. Awet muda, baik untuk darah tinggi, untuk mengecutkan peranakan dan menghilangkan bintik hitam di muka.

Salad
Kalsium, zat besi, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C, magnesium dan zink. Penawar kepada masalah sukar tidur (insomnia) dan melancarkan sistem penafasan.

Kacang Panjang
Vitamin A, B1, B2, C, tiamin, zat besi, potassium dan magnesium. Mengurangkan cirit-birit, menghilangkan gatal-gatal, mengatasi hipertensi, meningkatkan fungsi organ pencernaan dan mengatasi sembelit.

Bendi
Vitamin B6, C, serat, kalsium dan asid folik. Merangsang pembuangan air kencing, bengkak saluran kerongkong dan pernafasan, mengubati bisul dan kudis.

Lobak Merah
Potassium, fosforus, magnesium, kalsium, zat besi, zink, kuprum, manganese, selenium, vitamin A, C, B1, B2, B6, K, E, niasin dan asid folik. Mencegah gout, mengurangkan angin dalam badan, mengurangkan kandungan gula, membantu penghadaman dan penglihatan.

Tomato
Vitamin A, C dan zat besi. Menghilangkan jerawat, melembutkan kulit, membersihkan kulit, mengurangkan penyakit jantung dan kanser.

Kacang Buncis
Potassium, fosforus, magnesium, kalsium, zat besi, zink, kuprum, manganese, selenium, vitamin C, niasin, vitamin B1, B2, B6 dan A. Menurunkan tekanan darah dan menurunkan paras gula dalam darah.

Taugeh
Protein, lemak, vitamin A dan asid amino perlu. Untuk kesuburan, mengelakkan kanser usus besar, kanser pankreas, kanser payu dara, mencegah osteoporosis dan gangguan akibat menopaus.

Kacang Botol
Kalsium, zat besi, vitamin A, dan vitamin C. Untuk menambah darah, mengurangkan demam campak, menghilangkan bisul dan mengelakkan ulser kulit.

Timun
Potassium, fosforus, magnesium, kalsium, zat besi, zink, kuprum, manganese, selenium, vitamin C, niasin, vitamin B1, B2, B6, A, K, E, D dan asid folik. Mengelakkan sembelit, gastrik, ulser dan panas badan.

Paku Pakis
Vitamin A, C, beta korotin, niasin, zat besi. Mengubat batuk, lelah, gatal-gatal, kurap dan menyembuhkan luka, mengurangkan paras kolesterol.

Pucuk Ubi
Kalsium, fosforus, zat besi, protein, karbohidrat, vitamin A, B1, C, kanji. Mengurangkan sakit kepala, merawat demam, diarrhea, membasmi cacing dalam badan, meningkatkan stamina.

Bunga kobis
Vitamin C, K, B, potassium, serat, fosforus, boron. Mengurangkan paras kolesterol, meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan ulser.

Kailan 
Vitamin A, C dan zat besi. Melawan kanser, awet muda, membantu penglihatan yang baik dan meningkatkan imunisasi tubuh.

Sew Pak Choy
Vitamin A, C, K, B6, B5, B1, korotin, potassium, fosforus, magnesium, kalsium,zat besi, zink, kuprum, manganese, selenium, sodium. Merangsang pembakaran kalori dengan lebih banyak dan menurunkan berat badan, melindungi daripada kanser prostat dan kolon, menurunkan kolesterol (LDL).

4 ulasan:

  1. pegaga tu, NUr pernah buat jus..
    blander sekali dgn apple hijau...
    haa...mmg bpeluh satu badan..
    dia kluarkan toksin mlalui peluh..
    tapi susahlah nak dapat pegaga kat sini...

    BalasPadam
  2. wah! bagus nya..banyak khasiat sayuran ni..
    sy ni mmg kurang makan sayur..pasni kena ubah tabiat ni:)

    BalasPadam
  3. Banyak khasiat dalam sayuran ni yg kadang kita tak sedar :D

    BalasPadam
  4. semua saya makan.
    sbb semuanya sedap..hihi

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...