بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 2 Mei 2013

Kepentingan dan khasiat sayur part 1

Assalamualaikum

Buat rujukan... penting juga nak tahu. <Credit>

Secara amnya, sayur membekalkan serat, vitamin dan mineral untuk badan.

Khasiat dan kepentingan SAYUR

Sawi
Vitamin K, A, C, E, manganese, kalsium dan zat besi. Mengurangkan batuk, bisul, demam campak dan baik untuk jantung.

Bayam
Vitamin C, K, karotina, asid folik, manganese, zat besi, magnesium, vitamin B2, B1, B6 dan vitamin E. Membantu dalam pembekuan darah, membantu penglihatan. Mengurangkan demam panas untuk kanak-kanak dan menguatkan fungsi hati.

Terung
Serat, potassium, vitamin B1, B6, asid folik, magnesium, kuprum, manganese dan niasin. Menurunkan kolesterol, mengubati gusi bengkak, peradangan pada mulut dan demam.

Kangkung
Vitamin B6, vitamin C, manganese, karotina, kalsium, vitamin B1, B2 dan vitamin E. Mengurangkan sembelit, membantu mengatasi masalah sukar tidur, mengatasi lemah badan, membantu melancarkan haid, merawat hidung berdarah, meredakan sakit kepala, sakit gigi dan mengatasi masalah kelemumur.

Kobis
Vitamin C, asid folik, vitamin B6, kalsium, biotin, manganese dan magnesium. Membantu merawat sembelit, ulser perut, sakit kepala, rheumatisme, arthritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

Brokoli
Vitamin A, C, K, asid folik, serat, potassium, fosforus, magnesium dan vitamin B6. Melambatkan penuaan dan mengatasi masalah sembelit.

Cili
Vitamin C, A, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium dan capcaisin. Melancarkan pengedaran darah, menghalang sel darah daripada bergumpal dan mencegah penyakit darah beku (thrombosis).

Cili Benggala
Vitamin C, thiamin, Vitamin B6, beta carotene, asid folik. Meningkatkan metabolisma, mengelakkan katarak, asma, mengelakkan sakit sendi dan mengelakkan pembekuan darah.

Cendawan
Potassium, magnesium, fosforus, kalsium, zat besi, sodium, zink, kuprum, manganese, selenium, vitamin D, B1, B2, B6, C, niasin dan asid folik. Mengurangkan kandungan gula dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Peria
Vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese. Menghalang jerawat, penjagaan mata, mengurangkan sembelit, menguatkan sistem imun dan boleh merawat penyakit taun.

3 ulasan:

  1. Dah lama tak makan sawi.. kat sini banyak bayam dan brokoli jer :)

    BalasPadam
  2. erkkk sy kurang mkn sayur...huhu :(

    BalasPadam
  3. Nur akui, NUr mmg suka mkn sayur..
    tapi skrang Nur hantu Terung....!
    Mak selalu buat sambal tumis terung..
    sedap.... :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...