بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 14 Mei 2013

Iman suka bergayut dan main gelungsur

Assalamualaikum

Saya selalu juga bawa Iman main di taman permainan kanak-kanak. Seronok tengok dia happy dapat main. Lagi satu nampak yang dia seorang yang berani. Saya selalu perhatikan saja dari jauh. Semua benda yang ada dia nak cuba, walaupun tak sesuai dengan umur dia. Iman suka sangat bergayut. Yang ni memang kena tolong pegang dia. Sebab tak sampaikan. Gelongsor pula, asyik ulang-ulang naik turun.

Taman permainan yang terletak di Tasik Titiwangsa. Sungguh besar dan luas. Tak perlu berebut nak main. Sebab banyak pilihan.


Masa ni dah membuang. "mi... berak" tapi tetap nak main juga. Belum puas agaknya. Dah rimas barulah "mi.. cebuk mi" ;)

Pergi sini lepas naik kereta kuda. Puas jugalah Iman dengan anak-anak adik bermain. Selalu datang sini hujan. Hari tu saya pergi awal dalam pukul 3 - 6 petang. Siapa belum pernah sampai taman ni, ada juga alat-alat exercise untuk orang dewasa macam di gym tu. Tapi malu pula nak buat sebab ramai orang ;). Pernah juga guna peralatan tu waktu malam dengan kawan saya. Tak ramai orang. Lagi pun gelap ;)

12 ulasan:

  1. sukanya tengok iman main..

    BalasPadam
  2. wah!! seronoklah tengok anak ummu iman main. anak mama pun suka main kat taman jugak. nanti boleh lah kita jumpa kat sana.

    BalasPadam
  3. saya yang tak pernah sampai huhuhuuhu....

    BalasPadam
  4. samalah dik ..
    anak2 akk gitu gak
    zahrien kalau ke taman gelungsur dan buaian yg dia terkam dulu ;)

    BalasPadam
  5. lame x bwk ank2 main kt taman permainan

    BalasPadam
  6. hahahha..best apa main gelongsor,..saya pun ikut naik kalau waktu tu tak ramai lagi bebudak..haah..nasib baik muat

    BalasPadam
  7. suka nya Iman main ye..seronok kot ramai kawan2 kan..
    sini susah nak cari play ground..:)

    BalasPadam
  8. Main sampai membuang Iman ye...
    Tahu juga tak selesa kalau tak mesti tak berhenti main..

    BalasPadam
  9. budak dengan tamanmmg tak bley dipisahkan.seronok tgok iman main

    BalasPadam
  10. seronokkan kak bawa anak pegi riadah...
    Teringin Nur nak merasa..hihi

    cebuk tu basuh ye..hihi

    BalasPadam
  11. Lama nyee tak singgah sini..
    Banyak nie ketinggalan cerita pasal anak akak..
    1 geng laa kte iman..
    Sebab eiqa pun suka bergayut, ehhee

    BalasPadam
  12. seronok dia main2.. smpai dah terbuang pon seronok nak main2 lagi.. budak2 dgn playground mmg xleh dipisahkan

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...