بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 31 Mei 2013

Iman pertama kali solat Jumaat

Assalamualaikum

Sedang menunggu AI. Pakai sendiri kopiah. Nak pula pakai.

Alhamdulillah.. pertama kali Iman dapat pergi bersama ayah ke masjid menunaikan solat Jumaat. Seronok Iman bila AI tanya Iman "nak ikut ayah sembahyang Jumaat". "Nak semayang". Teruja dia.. Sekali lagi pakai baju Melayu purple ni (baju raya tahun lepas). Iman suka pakai baju ni. "nak baju purple" :)

Ummi menanti di kaki lima masjid. Kebetulan ummi uzur. Sempat dengar sedikit khutbah Jumaat yang berkisar tentang harta yang disedekahkan kepada fakir miskin dan ke jalan Allah. Agar mendapat keberkatan hidup dan rezeki yang Allah beri.

Macamanalah Iman solat agaknya. Tak bolehlah nak mengintai. Nanti nampak ummi dia, tak khusyuk pula dia ;)

Pandangan dari tempat saya duduk. Mujur ada kerusi satu. Macam tau-tau je ada tetamu hari ni ;)


UI: AI kata elok je Iman solat. Bila tanya Iman. Macamana Iman solat. Iman mendiamkan diri.. :)


3 ulasan:

  1. AI balik ye Rose? Sukalah Iman ada ayah dia nak kemana-mana (termasuklah juga umi dia kan hihi...)

    Kalau dapat sekali lain kali dia mesti nak ikut lagi:)

    BalasPadam
  2. rajin2 solat ye iman. :)

    BalasPadam
  3. waah.bgus2...
    lama2 nanti dia pandai.. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...