بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 31 Mei 2013

Hukum mengumpulkan dua waktu sembahyang

Assalamualaikum

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut:

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam



9 ulasan:

  1. assalamualaikum ummi...perkongsian yang baik dipagi Jumaat ini...:)

    BalasPadam
  2. terima kasih berkongsi ilmu ini.
    smga kita semua sentiasa solat di awal waktu.

    BalasPadam
  3. lepas nie...jangan lenggah2 solat di awal waktu...jauhi dari neraka wail..dengar pun dah seram...

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian UI..
    erm! pernah jg buat mcm tu, tapi amat jarang..lepas ni kena cepatkan waktu sholat, tak mau lah jadi mcm ni..

    BalasPadam
  5. Alangkah ruginya org yg begini. Moga tidak pada kita dan keluarga kita ye ROse..

    BalasPadam
  6. tula mmg xbaikkan kmpul atau lwat kn wktu solat.

    BalasPadam
  7. tula mmg xbaikkan kmpul atau lwat kn wktu solat.

    BalasPadam
  8. peringatan yang bagus, moga kita tak termasuk dalam golongan mcm tu :)

    BalasPadam
  9. terima kaseh sudi berkongsi...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...