بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 7 Mei 2013

Hentikan isu perkauman

Assalamualaikum

Saya sekadar meluahkan kerisauan saya terhadap apa yang berlaku sekarang ini. Isu perkauman yang diwujudkan boleh membuatkan rakyat negara kita berpecah belah. Sedangkan Islam utamakan perpaduan semua kaum. Sedarkah mereka tidak adakah bangsa Cina dan bangsa yang lain beragama Islam? Adakah mereka yang bergelar Melayu itu mengamalkan cara Islam.

Jika kita dianugerahkan pemimpin yang betul jalannya, saya pasti semua bangsa akan suka. Tidak perlu wujudkan isu yang bukan-bukan semata-mata untuk meraih pengundi yang akhirnya memakan diri dan boleh merosakkan negara.

Apa yang rakyat mahu pemimpin yang adil, jujur dan bersih dalam mentadbir negara. Saya sokong apa yang dinyatakan oleh Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Tun Ghafar dalam harakahdaily.net.



KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Tun Ghafar (gambar) menyifatkan menggunakan istilah 'Chinese Tsunami' atau 'Tsunami Cina' adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat Cina oleh Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengingatkan, kemenangan Umno/BN bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.

Malangnya bagi BN, berbeza dengan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan lain lain, majoriti pengundi-pengundi Cina menolak Umno/BN BUKANNYA bererti mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisma, katanya.

Katanya, walaupun berjaya tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin Umno masih lagi meniup api perkauman dengan meluahkan perasaan kebencian yang menebal di dada terhadap masyarakat Cina seperti yang di lakukan semasa kempen pilihanraya.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno menerima keputusan kemenangan itu dengan hati terbuka dan BUKANNYA mengeluarkan kenyataan kesat yang terus menyingung perasaan seolah-olah masyarakat Cina adalah 'bangsat' yang tidak tahu membalas budi,"tegasnya.

Bagaimana Umno/BN hendak melaksanakan 'National Reconciliation' terutama apabila MCA mengambil penderian menolak sebarang lantikan kabinet, exco, dan lain lain ekoran kekalahan teruk mereka, jika pemimpin UMNO TIDAK menghormati perasaan mereka, soalnya.

"Jika inilah sentimen Najib terhadap masyarakat Cina, maka terjawablah konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan adalah retorik semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta hormatilah perasaan mereka jika mahu mereka kembali menghormati dan menyakini Umno/BN.

Sampai bila Umno hendak meneruskan politik perkauman ini. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan siuman. CUKUPLAH!!!, tegas beliau.

Bagi beliau, yang menang tak menang semua dan yang kalah pun tak hilang semua.

8 ulasan:

  1. Kakak takut bila isu begini kian dibangkitkan.
    Takut jadi macam 13 Mei1969 akan berulang

    BalasPadam
  2. betul sangat UI...tiba2 kat FB sibuk pasal tsunami cina..ape ke bende ni? ya Allah kenapa nak bangkitkan isu kaum nih? ada baca hendak sembelih cina, ape ni? sudah2 la..lagi baik focuskan macam mana nak memantapkan system pemerintahan negara daripada membangkitkan isu kaum ni...

    BalasPadam
  3. nory pon risauu dengan isu perkauman sekarang....
    takut jadi macam kes 13 Mei dulu...dengar mak nory cerita pon, cukup buat nory tergamamm...takuttt..

    BalasPadam
  4. sy kurang setuju dengan Tamrin

    BalasPadam
  5. setuju & x setuju juga, kena fikir2kan sendirilah !

    BalasPadam
  6. sudahla melayu kite asyik kene 'kencing' dek pemimpin melayu..tanah melayu tg tinggal brp hektar sgt je diorang jual lepas tu suke timbulakan isu rasis..eh siapa yg rasis sebenarnya?

    BalasPadam
  7. Malaysian was once more harmonious. the "suey" 13 May shouldn't be remembered. The day shouldn't come even a moment. Kawanku ada cina, ada india, ada iban, ada bajau. Kami elok tanpa hasutan perkauman. Jangan pisahkan kami demi kepentingan politik.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...