بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 25 Mei 2013

Hari yang menghairankan ???

Assalamualaikum

Penat sebenarnya hari ni bersama dugaan dan agak kelam kabut bersama Iman yang aktif. Lepas habis orang sembur anai-anai. Terus keluar sebab baru nak ambil duit untuk bayar. Mula kereta kat luar. Parking dalam nak suruh van fumigation tu parking depan rumah. Takut ganggu jiran sebelah nak parking. Tapi dia pergi parking nun jauh tepi jalan. Rupanya jiran sebelah tak balik-balik pun.

Masa sembur. Ada satu lubang syiling tak boleh buka sebab kunci mangga tu takde (dari mula beli).  Rajin pula orang tu naik ikut syiling nak pergi kat area yang tak boleh dia sembur tadi. Sekali terpijak syiling (pecah). Dia nak ganti, tapi murah je. Takpelah. 

Masa nak keluar, undur kereta, terlanggar tiang khemah. Macamana boleh tak perasan. Mula menggigil juga sebab ingat terlanggar kereta orang. Rupanya tiang khemah. Lega. Mujur takde apa sangat kereta lekuk sikit dan kecil je.

Ambil duit kat Shell kawasan rumah. Masa nak balik, kereta tak boleh start. Tiba-tiba buat perangai. Panggil orang workshop datang. Lepas tu kena call orang fumigation tu suruh datang kat Shell ambil duit. Lepas je diorang buat sesuatu. Enjin pun hidup. Terus pergi workshop.

Lepas check memang confirm distributor yang rosak. Belum pernah tukar lagi sebelum ni. Harga boleh tahan sebab model injection. Nak bayar guna kad, kad tiba-tiba tak boleh guna. Padahal draw tadi takde masalah. Kena cari ATM lagi. Duit draw sebelum tu tak cukup.

Lepas bayar. Masa ni lah timbul rasa hairan. Mula-mula draw rmxxx. Lepas bayar RMxxx kat fumigation tu, ada lebih RM50. Kali kedua draw RMxxxx untuk bank in ke Mak mertua RMxxx + RMxxx duit distributor. Lepas tu duit ada balance RM50. Kenapa ada lebih RM50 tiap kali keluar duit. Hairan juga saya. Adakah ini dinamakan rezeki ??? kalau bank short duit. Beritahu saya ok. ATM lain-lain (CIMB dan Maybank).

Bagitau adik saya. Dia kata rezekilah tu... taknak bagi kat dia. Pernah juga terbaca kisah yang macam saya ni. Orang tu berniaga. Tiap kali kira duit pasti berlebih. Rasa macam tak percaya je bila dia bagitau. Dia rajin buat solat Dhuha. Saya kadang-kadang je ;).

13 ulasan:

  1. Hhairan jgk kan,mmg rezki la tu sbb sabar dgn ujian

    BalasPadam
  2. Emm lebih kat tangan atau kat bank? Emm rezeki Allah tatkala kita dalm kesusahan.. Alhamdulillah..berkat bersyukur pada Allah... kalau jadi kat saya .. saya pun skan hairan...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum. ujian dan rezeki dari Allah :D

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ummi...alhamdullilah rezeki ummi tu..;)

    BalasPadam
  5. As salam kak ruse,

    Akak salah kira tak? hehehe... kdg2 rezeki tak terduga, wang yg berkat sentiasa rasa cukup malah berlebihan...insya'Allah... :)

    terima kasih kak atas ingatan & ucapan takziah... harini baru sempat singgah sini... biasalah iman kita kan sama2 aktif! Calit sikit :))

    BalasPadam
  6. assalamualaikum,

    salam ziarah dipagi hari..

    BalasPadam
  7. @Marya : dah lebih 3x akak kira :) sebelum draw mmg takde note RM50.

    BalasPadam
  8. Tu lah sama pula aktifnya. Kita tgh menunggu masalah selesai. Tak habis2 tawaf ummi dia.

    BalasPadam
  9. SAYA YG BACA PUN HAIRAN, MCM MANA BLH BERLEBIH DUIT TU.. MELEKAT KOT HAHAHA.. MESIN KAT BUATAN ORG JGK..

    BalasPadam
  10. SAlam UI,
    Betul2 menduga..
    Tapi hati senang dengan rezeki yang dikirim :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...